Bila Sofea Mula Nyanyi...
Semalam... Mia dan Sofea berdua sahaja di rumah. Lepas makan ubat, Mia rehat sambil baring depan televisyen. Sofea pula main-main sendiri.
Lepas tu, agak-agak dah boring sedikit, Sofea pun capailah mikrofon dan mulalah nyanyi versi sendiri. Suka betul dengan lagu cinta... Mia cuma dengar dan perhatikan sahaja, tanda sokongan moral. Macam-macam gaya dan rupa. Siap gaya tangan lagi.
Bila dah bosan menyanyi, camnilah rupanya. Bila Mia ambil gambar ni, Mia kena bebel dengan Sofea. Katanya, "Mak ni... pesal ambik gambar Sofea? Tak suka lah...".
Ala.. kesiannya. Satu hari duduk rumah temankan Mia. Sayang sangat kat Sofea ni...
p/s: bila balik kampung, orang dah sibuk bertanya, "Bila Sofea nak dapat adik baru?"... Tersenyum simpul je Mia, tak tahu nak cakap apa...
16 Comments
semalam anak saya demam...biasa dia sihat boleh bawa diri sendiri,tapi tak sihat asyik berdakap je dengan saya...mia pula ditemani sofea...sofea pula menghiburkan ibunya dengan nyanyian..he he he
ReplyDeleteuikkk ida.. semoga cepat sembuh dari demam ya anaknya tu. kalau nak kena dakap je memanjang, memang tak laratla mia.
Deletetu la... sofea memang suka menyanyi dan berceloteh tak henti2... sampai nak tidur pun cakap juga... bila senyap, tanda dah tidur la tu... :)
haha..comel betul :)
ReplyDeleteuikkk... terima kasih uncle NAL, jawab sofea..
Deletetak sabar nak tunggu sofea besar..AFUNDI Fea !! hihihihi
ReplyDeleteuikkk uncle.. lama lagi tuuu nak AFUNDI... entah ada lagu ke tak masa sofea dah besar nanti.. hehehhe
Deletewahhh maju dah dia! :)
ReplyDeletetu la zera.. kalau dah pegang mikrofon... dia sorang saja. orang lain tak leh pegang langsung...
Deletekekek~ comel ♥
ReplyDeleteterima kasih ya cik snow..
Deletetu diaaaa anak! :)
ReplyDeleteinilah sofea ... anak mia...
Deletecomel. ada iras muka kak mia dgn husband. hihi.
ReplyDeleteterima kasih cik beruang... ramai yang jumpa sofea kata sofea lebih ikut iras mia... ;)
DeleteBidang nyayian hanya di jadikan hobi sahaja, yang paling penting adalah ilmu pelajaran dunia dan akhirat
ReplyDeleteya... ni sekadar hobi dia je... ilmu pelajaran tetap yang utama.. :)
Delete