Allah Kan Ada!


Salam sejahtera semua. Di pagi ramadhan yang ceria ini, Mia ada terbaca emel yang dihantar oleh rakan Mia tentang kisah di bawah ini. Jemput-jemput lah baca dan muhasabah diri.



Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita...

Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.
Tapi, cuba fikir satu persatu.

Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar tentang kita?
Enak sangatkah 'cerita' mereka itu sehingga orang lain akan mempercayainya membuta tuli?
Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita?
Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita?

Mereka itu tiada salah ke sehingga asyik melihat salah orang lain?
Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW. Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari, disengajakan atau tidak sengaja. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan kelebihan.

Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.
Itu kisah 'mereka yang lain.' Kisah kita? Kita yang menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula?

Muhasabah diri semula.
Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang yang berkata itu ke?
Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu kerana Allah semata-mata?
Hidup kita ini berpaksikan kepada siapa sebenarnya? Allah atau manusia?

Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia?
Kalau kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta kekuatan dari Allah atau hamba Allah?
Niat kita sepanjang hidup ini adalah apa? Think deeply.

Allah yang mencipta kita. DIA yang menghidupkan roh kita. DIA yang berkuasa atas sesuatu. DIA Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. DIA adalah Tuhan kita. Hanya DIA yang layak disembah. Jadi, alasan apa yang kita ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan Lillahi Ta'ala?

Inna a'malu binniat - Sesungguhnya, segalanya bergantung kepada niat. Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan niat kerana Allah. Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.

"Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?" - Hilal Asyraf

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini? Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap diri kita sendiri. Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah. Fikir, fikir dan fikirkan sesuatu itu secara positif dan berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik daripada mereka. Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA. Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.

Ingatlah.
Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.

Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA. Perlukah kita untuk tidak mencari?

"If Allah is your friend, who dares to be your enemy?"
Pujuklah hati kita dengan mengatakan "Allah kan ada!" ^_^

Wallahualam.

sumber : emel

p/s: kalau kecil hati dengan perangai rakan-rakan, pujuklah hati sendiri. Jangan bersedih...

Post a Comment

19 Comments

  1. hehe..yup..kena pujuk ati sendri sbb org len xkn pjuk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak baik sedih lama2... Buat la apa2 aktiviti untuk happy kan diri...

      Delete
  2. Tiada kebimbangan jika Allah selalu di cc. ^^

    Do visit : http://m2mcarehouse.com/

    ReplyDelete
  3. sangat-sangat bersetuju dengan entry mia...mmg bagus info...untuk rujukan uncle !!! sudah semestinya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya Uncle... Moga lalui liku2 hidup yang mencabar... Yakin boleh...

      Delete
  4. --off topic--

    klik untuk mia hihihi

    ReplyDelete
  5. setuju jugak

    jom tengok tudung untuk raya ni..
    http://gerobokecik.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Memang betul tu Mia. Itulah pernah ustaz Taliff sebut dahulu. Kita lebih mengenal diri kita. Mengenal gaya kita. Jadi, jika kita sudah faham diri kita dan kenal, ia sepertinya kita mengenal Allah Swt.

    Semakin kita mengenal diri, semakin kita mengenal Allah SWT. Itulah jangan pernah kita sombong dan lupa diri atas dunia. Juga, jangan terlalu sedih dan muruh dengan apa-apa kejadian yang berlaku.

    Kerana Allah SWT ada! - sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Taliff... Terima kasih sudi support pernyataan di dalam entri ni..

      Yang penting kita kena redha dan tawakal... Juga banyak bersabar. Janganlah gaduh dengan orang lain hanya kerana ini....

      Delete
  7. terima kasih dgn entry ni kak.
    Allah sentiasa disisi...

    ReplyDelete
  8. Ya.. Rohaida. Tak perlulah bersedih muram durja lepas ni ya....

    ReplyDelete