Selain daripada Sate, Soto nasi juga adalah menu kegemaran Mia sekeluarga. Teringat masakan ayah Mia. Kalau masak, memang sedap. Habis licin kami adik-beradik dan menantu bila makan ramai-ramai di kampung.
Sofea paling suka nasi impit, kalau dia makan boleh habis 6-7 ketul. Suami Mia pula kalau makan, nak yang mee hoon soto dan wajib ada bergedil. Itu memang kesukaannya ditambah pula dengan sambal kicap. Memang berselera betul. Siap tambah lagi.
Mia memang suka soto nasi, nak-nak masa ngandungkan Sofea dulu, makan soto nasi dan tomyam sampai tak jemu-jemu.
Gambar masa makan di warung depan Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA). zassss...
Boleh dimakan bila-bila sahaja. Pagi, tengahari, petang ataupun malam...
p/s: kalau kat rumah ni, Suami Mia yang tolong masakkan....
6 Comments
wahh..suami pandai masak..untung3
ReplyDeleteair tangan suami lagi sedap kalau bab masak2 ni...
Deleteanak-anak kpah suka makan mee hitam ( kicap) yg abang masak... kalau hari minggu tak kerja.. pasti mee hitam jadik santapan heeeee...
ReplyDeletemee hitam tu macamana ya kak pah? mia tak pernah dengar pun kat sini. nanti share kan resepinya kat blog kak pah tau!
Deletealahaii...tertelan air liur tengok soto tu...
ReplyDeleteala kesiannya. nanti senang2 makan soto ya...
Delete