Kuih Raya - Promosi Sudah Bermula

Kuih Raya - Promosi Sudah Bermula

Wahhh... meriahnya. Senang sahaja nak promosi kuih raya sekarang ni. Boleh promosi secara online. Hanya perlu tempek gambar kuih raya di facebook dan tag rakan-rakan. Tak pun tempek gambar kat blog, twitter ataupun instagram. Nanti ramailah yang akan komen dan kalau ada yang berminat terus buat tempahan. Yang penting kena pandai gayakan gambar kuih raya tu, biar nampak cantik dan menggoda mata yang melihat.

Kalau dulu, secara offline dengan ke hulu ke hilir sambil bawa sample kuih raya. Berpeluh-peluh. Boleh juga cuba rasa kuih raya percuma... sedap ke tidak... Promosi selalunya bermula dengan adik-beradik, saudara mara, lepas tu rakan-rakan baik, rakan pejabat dan jiran-jiran. Kalau nak maju, hantar ke kedai-kedai.

Tahun ini sama macam tahun-tahun lepas Mia akan beli kuih raya dan kerepek. Nak buat sendiri memanglah tak pandai sangat. Peruntukan untuk beli kuih raya tetap ada. Tapi ada juga kuih raya yang belum sampai raya dah habis dulu dimakan. Konon.. nak makan sedikit, bila tengok tv.. tak perasan terus terhabis satu balang. Tahun ni, nak cuba disiplinkan diri, sembunyikan kuih raya kat dalam kitchen kabinet yang atas. Jadi susah nak ambil nanti... Harap-harap berjaya....

Jom belek-belek. Nak tempah yang mana ya....








Aduhhh... dah rambang mata ni.. tak tahu nak pilih yang mana.... Semuanya nampak sedap-sedap belaka...

p/s: sekejapnya masa berlalu, dah nak puasa tak lama lagi....

Post a Comment

8 Comments

  1. ahaha..mmg slalu mcm tu dah kak mia..
    tambah kalau kerepek..mula2 nak rasa terlepas pndang sikit habis 1 beg..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak boleh nak tolong lagi dah tabiat tu... semulajadi heheheh...

      Delete
  2. tak sabar ler nak rayeee.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh posa pun belum lagi.. tapi bahang nak raya dah mula dirasai...

      Delete
  3. kak mia orderlah shortbread tu. serius sedap. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. shortbread belum pernah cuba lagi... nak kena test rasa dulu...

      Delete