Bila Dah Terbiasa Bangun Awal Pagi Untuk Belajar

Bila Dah Terbiasa Bangun Awal Pagi Untuk Belajar

Rutin kehidupan seharian Mia selama 4 tahun pengajian di Open University Malaysia (OUM) memang setiap hari bangun awal pagi. Selalunya jam 4.30 pagi ataupun 5.00 pagi. Bangun awal pagi untuk belajar. Bagus kalau bangun awal pagi dan terus belajar. Otak sangat segar dan mudah faham apa yang dipelajari. Percayalah walaupun belajar hanya tak sampai 2 jam, tapi kita mampu mengingati apa yang kita belajar. Itulah rahsia utama Mia dalam pelajaran.

Sekarang ini, bila dah habis belajar, konon-konon nak bangun pukul 6.00 pagi. Set jam loceng pukul 6.00 pagi tetapi secara automatik akan terbangun sebelum 5.00 pagi. Alahai, tak seronoknya tidur walaupun tidur lambat jam 1.00 pagi pun boleh terbangun awal. Inilah akibatnya bila dah terbiasa bangun awal pagi untuk belajar. Terus tension, nak tidur balik pun bukannya apa risau..  takut tak terbangun pula.

Mia sekarang ini dalam proses menukar balik tidur kepada yang asal. Tapi setakat ini dah sebulan pun masih belum berjaya lagi. Cuba lagi perlahan-lahan. Jangan putus asa. Kuatkan semangat.

Bila dah terbangun pagi ni, macam-macam dibuatnya. Sama ada cuci kain, basuh pinggan mangkuk (kalau ada), gosok baju. Itu sahajalah. Kemudian ngadap laptop dan update blog.

p/s: Tiba-tiba rasa rindu pula seperti nak belajar semula. Boleh ke nak sambung belajar lagi ni? Hmmm... tengok dululah macam mana ya...

Post a Comment

8 Comments

  1. betul la kak , dlu mase skolah menengah pown cmtuh tp lepas dah masuk u nih macam terikut kawan lak , tidow lambat then tak bangun awal , rindu nak jadik mcm dlu , law study pepagi nih memg masuk , semangat pown laen ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk xleh ikut kawan... kalau boleh study pepagi, buatla...otak cepat ingat nanti..

      Delete
  2. Replies
    1. tu la kan? dah abis belajar ni, rasa macamnak sambung lagi plak... hehehe

      Delete
  3. Mia nak sambung belajar lagi...wah..tak letih ke?rehat dululah Mia...kerja dulu...Mia yang belajar saya pulak rasa letih..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia dari dulu memang nak habiskan belajar. masa muda hajat tak kesampaian. kalau boleh nak habiskan sampai PhD..

      tu la. sekarang ni tengah busy cari keje pegawai teknologi maklumat dulu..

      Delete
  4. Bagusnya akak.. awal pagi dah bangun.

    p/s : Bilalah daku nak sambung belajar?? Teringin juga.. tapi.....hmmmm...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... memang bangun awal pagi.

      p/s: boleh kalau nak sambung belajar tapi kena tanya husben dulu, dia sanggup ke tak?

      Delete