Amukan Pocong Di TV3 - Ulasan Dan Pengajaran

Amukan Pocong Di TV3 - Ulasan Dan Pengajaran

Berakhirlah sudah kisah drama bersiri Amukan Pocong Di TV3. Mia memang mengikuti perkembangan cerita ini sebab nak tahu kenapa pocong itu mengamuk. Selepas tonton episod terakhir malam tadi, barulah tahu kenapa Awang boleh jadi macam itu. Rupanya sebab dia selalu kena buli dengan orang kampung akibat kebodohannya dan kemalasannya. Pakcik Khom telah mewariskan ilmunya kepada Awang. Makkk aiii, senang-senang je dia terima tanpa fikir panjang. Mungkin keadaan masa itu telah terdesak, demi mendapatkan Sarimah. Kesian kat Sarimah, dia bunuh untuk meninggikan ilmunya. Korban demi korban, nafsu dah menguasai akal. Semua yang buli Awang, dibunuhnya. Barulah Mia tahu rupanya masa awal-awal kisah drama ini, orang kampung tangkap dan bunuh dia untuk menjaga keselamatan kampung.

Penjanjian dengan syaitan lebih-lebih lagi melibatkan darah perawan, memang dahsyat. Nyawa 13 perawan diambil semata-mata untuk kuatkan diri dan ilmu. Walaupun Awang telah mati, bila dah jadi suatu perjanjian, haruslah ditunaikan. Melalui Long Husin, hajatnya hampir sampai juga. Syukur dapat dihalang oleh Pak Sayut yang banyak meleraikan isu persoalan di dalam drama seram ini.

Al-kisahnya, Long Husin pula tamak dan nak menang judi dengan besar terus minta pertolongan dengan Nang, bomoh siam yang seperguruan dengan Pakcik Khom. Apalagi pucuk dicita, ulam mendatang. Long Husin kena tunaikan darah 13 perawan bagi pihak Awang. Sekejap sahaja Long Husin menang besar dalam judi, dia pula dibunuh oleh rakan-rakan baiknya. Kesiannya... sungguh kesian... Selepas mati, terpaksa bangkit untuk menunaikan perjanjian tersebut. Habis anak dara kampung menjadi korban penjanjian tersebut, dibunuh dengan cara yang kejam. Keluarga sendiri pun jadi mangsa, isteri dan anaknya pun mati juga.

Dalam kes ini, kalau ikut logik sebenarnya susah nak kalahkan Awang sebab dia memang dah mati. Pak Sayut dapat ilham dengan mengambil tanah kuburnya dan dikepal-kepalkan mengikut bentuk orang (ni ibarat Awang) dan diazankan kemudian ditikam. Di akhir episod ini, kubur Awang dan Long Husin dibacakan yasin 7 hari berturut-turut daripada tengah malam sehingga subuh oleh orang kampung secara silih berganti bagi mengelakkan mereka daripada bangkit mengganggu lagi.

Nampak tak apa kesannya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling. Kesiannya.. Mereka semua jadi mangsa. Kehidupan ini ada senang dan ada susahnya, bila kita susah dan ditimpa musibah, hendaklah banyak-banyak ingat padaNya. Bukan dengan mengambil jalan mudah dan terpedaya dengan syaitan.

Mesej yang hendak disampaikan di dalam drama ini amat jelas dan sememangnya berlaku di kalangan kita ini. Syukurlah atas apa yang kita ada dan berusahalah untuk mencapai sesuatu menggunakan kudrat yang ada. Syaitan ada di mana-mana dan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita...

Amukan Pocong di TV3 memang best dan mesti ditonton oleh semua supaya tahu realiti sebenar kehidupan masyarakat kita ni. Kalau sesiapa yang nak tengok juga, boleh tengok di website TV3 melalui tonton.

p/s: harap dapat terima pandangan dan ulasan daripada Mia ini...

Post a Comment

18 Comments

  1. siha pon tiap2 minggu tgk gmbar pocong ni..smalam baru paham jalan cerita..sblom ni agak kurg faham..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mia pun sama juga. episod last ni barulah faham..

      Delete
  2. mekasih mia... mlm td x dpt ikuti citer ni....

    ReplyDelete
  3. baguslah kak mia ulas mcm ni.. nani x penah tgk.. xde tv.. nk tgk online mmg tenet slow.. :) hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kalau tenet slow memang xleh tengok tonton.. takpe... hehehe

      Delete
  4. akak memang ikuti tapi malam tadi ada kerja tengok gitu2 jer..tima kasih buat ulasan ini..baru la faham.

    ReplyDelete
  5. tak berani nak tengok citer nie coz selalu kena tinggal ngan anak2 time malam..kang anak takut mak dia lagi 100kali takut..haru plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo gitu.. takpe. memang seram pun citer ni, sapa yang lemah semangat boleh teringat2 nanti.

      Delete
  6. wah , menarik , tq ulas rase cm bc sinopsis novel seram lak , um , nak tgk malas ,hehehe ~

    ReplyDelete
  7. hehe..minat cite hantu tapi bila ad amukan pocong ni terus tak tgk..penakut, kalu tgk cik cong ni teringat2..bek sy jgn tgk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu takyah tengok.. nanti teringat2 dan nak tidur malam pun susah, asyik terbayang2..

      Delete