Semalam petang, sebelum balik rumah, singgah dulu stesyen minyak isi minyak penuh-penuh. Senang Mia nak pergi kerja nanti, tak perlu susah-susah isi minyak... Tiba-tiba bila dah selesai sahaja, Suami Mia masuk dan beritahu tayar kereta dah pecah-pecah dan ada yang retak. Alamak! Mia tak pernah check pun tayar. Main bawa pergi balik kerja sahaja. Punyalah risau Suami Mia. Katanya, perlu tukar dengan segera. Kalau boleh petang itu juga.
Jadi, Suami Mia pergilah ke beberapa kedai tayar kereta di Taman Universiti. Cari-cari yang mana sesuai. Akhirnya berkenan dengan kedai tayar kereta, yang di depannya ada stesyen minyak Caltex. Cuma ada 2 tayar sahaja yang benar-benar perlu diganti. Kami tukar tayar Silverstone berharga RM 180 setiap satu. Lagi 2 tayar masih boleh digunakan buat sementara waktu, dan akan ditukar selepas akhir bulan ini.
Kalau ditunggu-tunggu, bahaya juga. Takut meletup di tengah jalan, kan susah. Jadi untuk lebih selamat lebih baik tukar sahajalah. Meter pun dah mencecah 46 000 km.
Mia dan Sofea menunggu di bilik menunggu... Kesian tengok Sofea nampak sangat boring duduk dalam bilik ini...
p/s: kali pertama tukar tayar sejak kereta ini dibeli pada awal tahun 2010....
14 Comments
bahaya tu mia, js pun pernah skali nasib baik takde apa2..baru perasan tau naik je kreta..hehe..
ReplyDeletetu la JS mia tak perasan... mia tahu terus jadi risau...
Deletelamanya tak tukar... teman setahun setengah dah tukar tayar baru... sekali tukar 4 biji... boleh tred in lagi... :D
ReplyDeletehaah.. baru perasan dah lama juga.. tayar dah tak elok benar, baru kena tukar. selagi elok, guna aje...
Deletetayar aku pun baru tukar... penting. ape-ape hal kalau jalan licin
ReplyDeletewahhh bagus2... samalah kita. bahaya juga kalau hujan memang licin... huhuhu
Deletesaya lagi tak reti pasal tayar2 kete ni...tau bawak je..he he he
ReplyDeletehaah... mia pun sama tahu bawa je... ni pun nasib suami mia yang selalu ambil berat tentang kereta ni...
Deletesaya pun tak tahu pasal tayar ni..tak pernah check pun..
ReplyDeleteuikkk... kena check tu. mana tahu kalau ada apa2 yang patut diganti..
Deleteklau kerap drive luar kawasan lagi laa kna check tayar2 tu...
ReplyDeletebetul tu... kalau selalu drive jauh2 kena sentiasa check. keta ni kak mia guna untuk pergi balik keja je...
Deletex dpt nak dibayangkan bila tayar meletup di jalan raya. Nasib baik akak Mia dh tukar awal.^_^ salam kenal :)
ReplyDeleteuikkk minta dijauhkan... tak sanggup kak mia...
Deletep/s: salam kenal juga...