Sizzling Yee Mee


Sizzling Yee Mee... memang sedap kalau dimakan panas-panas. Inilah menu makanan Mia setiap kali bertandang ke Giant Tampoi sejak semenjak ini. Medan seleranya berada di tingkat bawah. Dulu agak sunyi sahaja tempat ini, sebab tak banyak kedai makan yang buka. Sekarang ini, dah semakin hidup dan dah banyak kedai makan telah dibuka. Yang bestnya, KFC tetap maintain buka dari dulu sampai sekarang.

Selalunya kalau Mia makan Sizzling Yee Mee, Mia tak bubuh pun telur. Mia tidak berapa berkenan kalau keadaan telur itu macam telur setengah masak. Pelik juga kan, selera tekak ni...

Ada juga hajat nak cuba buat kuah sizzling. Banyak-banyak resepi, Mia suka belek resepi yang kat SINI. Macam bestnya nak cuba... Ada bahan-bahan yang tiada di rumah. Nampak gayanya kenalah pergi membeli sekejap nanti. Perancangannya nak cuba masak seminggu dua ni....

Tersenyum juga seorang-seorang ini. Entah jadi entahkan tidak Mia nak buat nanti...heheheh.. Kalau tak sedap... makan sendirilah jawabnya..

p/s: sejak dah habis belajar ni, macam-macam yang dihajatkan....

Post a Comment

8 Comments

  1. sedap tapi selalu tak habis..huu~muak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... selalunya mia makan habis sebab sayang nak membazir...

      Delete
  2. lama tak singgah blog akak. aduh, time tgk gambar sizzling ni saya tgh lapar =.="

    boleh try buat sendiri ni. kalau beli kt memana selalu mahal & kekadang tak menepati citarasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk takpe... nasib ingat mia lagi.

      uisshh kalau lapar kena makan, nanti perut masuk angin. sizzling ni memang agak mahal, tu yang nak cuba masak sendiri kat umah.

      Delete
  3. dh lama x mamam sizzling.. bekas tu so hot, huh...

    ReplyDelete
  4. wwwoww !!! ini pun kegemaran saya juga, tapi tak boleh makan hari2 .

    ReplyDelete