Memandangkan aircond Bilik Server dah hampir 5 tahun usianya, compressor telah bermasalah dan mengakibatkan ais penuh di ruang permukaannya. Sampai-sampai pejabat sahaja pagi tadi, bilik server dalam keadaan panas. Hafizs, juruteknik komputer check rupanya compressor problem lagi. Apa lagi, ramai-ramai lah kami gotong royong mengorek ais dan masukkan ke dalam baldi. Operasi selama 2 jam dan akhirnya ais berjaya dibersihkan. Aircond telah kembali kepada normal.
Tengok dulu macam mana esok. Kalau ada lagi ais, memang patut panggil pembekal untuk repair. Apa-apa pun terima kasih kepada pelajar-pelajar praktikal yang banyak membantu membersihkan ais ini.
p/s: harap-harap kerosakannya tidaklah begitu besar... bajet tak banyak untuk ini...
8 Comments
Air cond tak maintain ker...?
ReplyDeletesebelum ni ada bajet, aircond memang under preventive maintenance. tahun ni takde bajet, tu yang kalau rosak betul baru panggil pembekal untuk repair.
DeleteKesiannya kena bersihkan sendiri, kalau selalu rosak air-cond bilik server tu alamatnya segala hardware server cepat rosaklah...
ReplyDeletetu la pasal... nak buat camne... kerja je la...
Deletewaaa..mcm tu sekali?1st time tgk..
ReplyDeletememang macam tu... huhuhuh...
DeleteWow.. 0,0
ReplyDeleteThe typical services performed by Ac repair mt kisco companies are enough to keep your heating, ventilation and air conditioning (HVAC) system efficient. Keeping your heating and ventilation system in good shape will keep you warm when the weather is cold
ReplyDelete