Menuju Ke Arah Anugerah Dekan (Dean's List) Di Open University Malaysia
klik pada gambar untuk besarkan
Sebut sahaja Anugerah Dekan ataupun Dean's List tentu kecut perut, kan? Mia pun pada mula-mula masuk belajar Open University Malaysia (OUM) dulu pun debar-debar. Risau boleh ke tidak ni. Cita-cita tinggi menggunung untuk dapatkan dermasiswa. Ada keluarga.. Ada kerjaya..
Di OUM ini kita kena pandai berdikari, tak bolehlah nak harapkan kawan cari kita. Kita kena pandai cari kawan. Kena pandai cari peluang. Kena pandai sesuaikan diri. Kena uruskan masa dengan betul. Kena belajar tak kiralah sibuk macamana pun. Semua kena...dan kena itu dan ini.
Perkara pertama, perlu kita fikirkan adakah kursus pengajian yang diambil itu benar-benar kita perlukan demi peningkatan kerjaya? Ini adalah kerana kebanyakan pelajar OUM adalah terdiri daripada mereka yang telah bekerjaya dan berkeluarga. Seperti Mia, memang Mia dah lama berhajat nak sambung ke Bachelor of Information Technology with Honours. Selepas itu, tengoklah dan belek semua subjek di bawah kursus tersebut.
Perkara kedua, selalunya 3 subjek akan ditawarkan dalam myVLE untuk diambil dalam satu semester. Buatlah perkiraan, adakah gabungan subjek-subjek tersebut boleh dikuasai dan mampu dapat pointer yang tinggi? Jika ada 2 subjek yang susah, boleh gugurkan (drop) 1 subjek yang susah dan gantikan dengan subjek yang lebih mudah. Pemilihan subjek di dalam satu semester amat penting supaya kita boleh mengekalkan prestasi pointer.
Perkara ketiga, untuk mendapatkan Anugerah Dekan dalam satu semester, pointer hendaklah melebihi 3.70. Memang tinggi dan kena pastikan setiap semester mesti ada subjek yang dapat A. Kalau tak pointer jatuh, boleh ulang semula subjek itu dengan hanya ambil final exam semula (dengan syarat markah assignment tinggi) untuk perbaiki gred pointer. Jangan sedih jika pointer rendah, harus jadikan ini sebagai batu loncatan untuk terus meningkatkan prestasi pembelajaran di semester akan datang.
Perkara keempat, jangan mudah putus asa bila ada rintangan yang melanda. Masalah kewangan, masalah tiada masa, masalah sibuk dengan kerja, masalah peribadi dan masalah keluarga. Ketepikan semua itu bila tiba masa belajar. Masa untuk belajar wajib ada setiap hari. Seelok-eloknya di waktu awal pagi. Fokus amat penting ketika belajar. Semangat perlu tinggi dan perlu yakin pada sendiri yang kita boleh melakukannya. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak? Motivasi perlu ada dan sentiasalah berfikiran positif.
Perkara kelima, tidak faham apa yang dipelajari sebab belajar sendiri di rumah. Tandakan mana yang tidak faham. Boleh tanya terus e-tutor dalam forum di myVLE ataupun tanya face-to-face tutor bila menghadiri kelas nanti. Ataupun rujuk di dalam internet, cari pemahaman yang lebih mudah dan lebih jelas berkaitan topik yang sukar difahami itu. Seelok-eloknya bacalah dahulu topik di dalam buku yang yang dipelajari sebelum menghadiri kelas. Ini amat penting bagi memudahkan pemahaman kita. Kalau terus datang kelas, tanpa baca buku dan mengharapkan segalanya diajar oleh face-to-face tutor, memanglah akan kelam-kabut sedikit di dalam kelas sebab baru nak faham. Memandangkan hanya ada 4 kali kelas untuk 1 subjek dalam 1 semester, tentu ada banyak topik yang perlu dipelajari dalam satu sesi kelas. Kita kena pandai kejar, kalau tidak akan tertinggal. Bila dah tertinggal agak payah sedikit dan akan terus blur sehingga akhir kelas. Nampak tak? Betapa pentingnya membuat persediaan terlebih dahulu (dengan belajar sendiri) sebelum menghadiri kelas.
Perkara keenam, buatlah assignment sendiri. Jangan upah orang lain untuk buatkannya. Bila nak buat assignment, sudah tentu kita perlu belajar dulu. Bila dah belajar, barulah faham nak buat assignment tu macamana... Kalau kita upah orang lain untuk buatnya, langsunglah kita tak buka buku dan hanya akan bukanya pada waktu nak final exam. Masa itu, baru nak baca, barulah nak faham dan barulah nak ingat. Mana sempat nak habiskan semua topik dalam satu masa? Otak didera dan tentu penat. Sebenarnya, buat assignment itu ibarat belajar dan buat latihan. Siapkan assignment lebih awal dan jangan buat di saat-saat akhir. Pastikan kita buat assignment dengan teliti dan berkualiti untuk mendapatkan markah yang tinggi. Kalau buat ala kadar sahaja, dapat markah pun ala kadar juga. Jawab assignment dengan betul dan jangan tersalah bagi jawapan. Sentiasa semak dengan rakan lain ataupun dengan face-to-face tutor.
Perkara ketujuh, persediaan final exam perlu dibuat. Siapkan assignment awal terlebih dahulu supaya kita akan lebih tenang untuk buat persediaan final exam. Baca buku dengan lihat isi-isi penting. Bayangkan isi penting A akan ada apa pecahannya. Begitu juga dengan isi penting B akan ada apa pecahannya. Begitulah seterusnya. Fahamkan konsep dan buat nota ringkas supaya lebih ingat. Selepas itu, buat latihan menjawab soalan final exam yang lepas. Kita akan mudah terbiasa dengan format soalan dan juga untuk buat latihan. Kalau tak dapat jawab, boleh rujuk dalam buku. Kalau boleh, cuba latih jawab seolah-olah sedang final exam betul. Bila dah siap semak jawapan dan perbaiki mana yang kurang.
Perkara kelapan, bila semua usaha telah kita buat akhirnya doa dan terus berdoa. Tak salah jika kita minta doa dari rakan-rakan dan keluarga. Tapi yang penting sekali kita pun kena doa juga. Kalau rajin, buatlah solat hajat minta dipermudahkan menjawab final exam nanti. Selain itu, jangan lupa untuk minta ibu bapa tolong doakan kita. Walaupun dah besar macam ni, jangan abaikan doa daripada orang tua.
Hmmm.. agak panjang lebar pula entri mia ini. Diharap ianya dapat membantu pelajar OUM ataupun IPTA/IPTS lain untuk berusaha keras dapat Anugerah Dekan. Belajar dan terus belajar. Komitmen perlu ada. Anggaplah rintangan dan cabaran yang dilalui untuk jadikan kita lebih matang dan tanamkan keyakinan diri untuk mencapai target pointer yang diingini. Mia ucapkan good luck untuk semua. All the best ya!
p/s: usaha kena datang dari diri kita, bukannya dari orang lain....
25 Comments
tips yg sgt berguna.betul kata kak mia usaha kena datang dari diri kita bukan dari orang lain.kak mia ni betul2 org yg bermotivasi tau!
ReplyDeleteuikkk mrs adam. segannya..
DeleteAlhamdullilah..sy dpt 3.78 sem lpas..cme nk apply dptkn sijil dean list tu?
Delete:-)
tips terbaik la...
ReplyDeletePencarian cik en dan blog-bloglist geng cik en
terima kasih eintan..
Deleteperfect.......:)
ReplyDeletethanks khai..
Deletetips yg bernas! ^_^
ReplyDeleteterima kasih ekin...
Deletethanks ... suka tips kena study di awal pagi ...
ReplyDeletesama2... oh ye ke? study awal pagi sangat bagus sebab otak fresh..
DeleteAssalamualikum Mia...tahniah ..umur muda perlu gigih berusaha. Tips belajar ni memang dah kita perolehi masa kursus KDP lagi. Cuma nak tambah tentang cara menghadapi peperiksaan tu perlu kita mulakan dengan lebih awal. Kalau kak Mai..akak akan mula sebulan sebelum exam. Kak Mai tidak tulis nota kecil pun, tapi kerap membaca fakta-fakta setiap topik. Masa menjawab perlu diulas dengan lebih mendalam dan terperinci. Pengalaman kerap membaca tu akan mengamit kembali ingatan kita pada waktu peperiksaan. Pointer yang kak Mai perolehi pada kursus KDP 3.86 mengejutkan dan diterima dengan syukur alhamdulillah. Untuk semua pelajar ,dengan keputusan yang cemerlang pada awal peperiksaan memerlukan kita terus kekal dengan pencapaian yang sama. Jika mana-mana subjek kita mendapat C pada mana-mana peperiksaan yang seterusnya maka pointer kita akan jatuh.
ReplyDeleteUntuk perkongsian bersama juga buat pelajar yang beragama Islam, kita perlu banyak berdoa, banyak membaca Al-Quran agar ingatan kita tidak dihijab oleh Allah Taala. Ini juga adalah petua yang amat penting. Amalan membaca Surah YASSIN dan berdoa mohon pertunjuk dan panduan amat perlu kita amalkan. Betulkan Mia. Jika kita sungguh-sungguh dalam apa juga kerja buat kita , Insyaallah kita akan memperolehi kejayaan. Untuk yang ingin berjaya, perlu punya prinsip sendiri. Perlu buat yang terbaik dalam apa semua bidang.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan semua dalam setiap peperiksaan hanya dua semester saja yang kak Mai tidak tersenarai dalam dean list tu. Pertama pada semester pertama. Kesilapan kak Mai menjawab kertas soalan Teknologi Pendidikan, dimana untuk soalan bahagian C kak Mai tersalah faham. Kak Mai tidak menjawab soalan bahgian C, kerana tersalah faham arahan ignore daripada pensyarah. So Kak Mai kehilangan 20 markah untuk kertas yang paling kak Mai minat ini. Kak hanya dapat B+ untuk kertas ini. Seterusnya pada semester kedua terakhir di mana Kertas Bahasa Inggeris. Yang ini Kak Mai agak lemah sedikit. Tapi puas hati dgn markah yg diberikan kerana tugasan dibuat sendiri. Dengan C+ untuk kertas ini menyebabkan pointer 3.86 turun kepada 3.81. Inilah pengalaman yang dapat dikongsi bersama untuk adik-adik yang sedang belajar. Hati-hati membaca soalan tau. Jangan lupa buatlah tugasan sendiri kerana ada keberkatan dan rahmat serta kepuasan belajar untuk kita.
ReplyDeleteDalam banyak-banyak kertas yang diambil, Pendidikan Seni Visual paling kak Mai minat. Suburkan terus minat kita. Di sini kak Mai nak tolong juga adik Mia memberikan TIPS tambahan. Bolehkan Mia. Minat perlu ditanam dalam apa jua aktiviti. Untuk pengetahuan adik-adik kepuasan kita akan perlolehi apabila kerja buat kita dinilai dan diberikan markah yang terbaik. Kepuasan membuat tugas dengan hasil usaha sendiri dapat dijadikan sebagai motivasi instrinsik buat kita. Untuk kertas ni kak Mai dapat A untuk setiap tugasan yang dibuat pada setiap semester. Begitu juga markah peperiksaan keseluruhan yg diperolehi pada setiap semester untuk kertas ini. Maka , adik-adik perlu tanamkan minat adaik-adik. Belajar kerana minat.
ReplyDeleteok...Mia teruskan motivasi, kak Mai ni memang suka berforum. Suka berkongsi ilmu dan berikan dorongan pada orang lain untuk berjaya.
ReplyDeletehee...tergelak sendirian...baru perasan ..kak Mai....kak Mia... mana pelajar OUM yang lain, yg tersenarai dalam dean list...mari le kongsi pengalaman.
ReplyDeletetahniah kak mai (sorry yer kalo saya lagi tua hehe). saya buat master of mgt. alhamdulillah dapat peluang awal tahun ni utk dermasiswa yayasan canselor utk 2013. saya baru je habis semua exams, skrg yg tinggal cuma research paper utk submission dec nanti. setakat ni saya dapat cgpa 3.95. alhamdulillah berkat usaha, berdoa tak henti, yakin dengan lecturer, bertawakkal..dan paling penting keredhaan ibu bapa...betul kan kak mai.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletetumpang tanya..klu msuk OUM nk mohon PTPTN slepas smester 1 ker or boleh mohon terus ktika msuk blaja di OUM..?? mohon penjelasan dr akak..btw congratulation dengan result cemerlang in degree...:)
Kak Maimunah Sabran - tahniah dapat masuk Dean's List tu. Saya skrg dah habis semua exams utk program Master of Management. Cuma tinggal research paper saja kena hantar Dec ni insyaallah. Mcm Kak Mai kata (sorry yer kalau sebenarnye saya yg lebih tua hehe) baca fakta itu penting..dan paling penting kena faham apa yg dibaca esp yg ambil master sebab applikasi lebih banyak dr theory. Alhamdulillah tahun ni saya diberi offer utk Dermasiswa Anugerah Canselor sbb CGPA saya setakat ini 3.95. Alhamdulillah Sem Jan & Mei saya dikecualikan dr sebarang yuran. So utk adik2...usaha tu tangga kejayaan kan. Berdoa dan bertawakkal setelah kita berusaha. Tapi satu je jangan lupa...keredhaan ibu bapa itu penting.
ReplyDeleteKata2 yg bermotivasi. Tq for the inspiration.
ReplyDeleteassalam kak juliana thanks for advice..btw, saya pn dari oum jugak bachcelor in psychology..skrg saya bru semester 2..masa semester 1 haritu saya dpt pointer 3.56 jaa..hee nak target dekan tp dlm 3 subjek tu ada satu subjek dpt B yang lg 2 A..huu doakan saya semoga sem nie dpt dean list ye kak..
ReplyDeletewahhh bestnya dengar semuanya berjaya.. tp saya mungkin takda harapan sebab pointer saya jatuh menjunam dr sem 1 dpt cgpa 4.0.. sekarang sem 7 pointer merudum jatuh ke 2.60... betul ke saya takda peluang lagi untuk dapat sgpa 3.5 ke atas kakak2 sekalian walaupun saya pulun dapat at least B setiap sem2 akan datang.. saya sedih sangat sekarang.
ReplyDeleteSalam setiap sem kalau akan dapat sijil Dekan ke kalau result 3.7 keatas ?
ReplyDeleteSalam... Saya baru siap Masters of education di Oum.... CGPA dapat 3.91. Semester last tu.. X dapat fokus.. Sibuk sgt di sekolah.. Satu subjek B. Convo nxt year... Semester lain sume Alhamdulillah Dean list... Cuma sem last sangkut 3.5.. Dean list ke kalau gitu..? Mohon pencerahan.
ReplyDelete