Kisah Belajar Di Blog Bantu Pelajar OUM Lain Dapat Anugerah Dekan (Dean's List)

Kisah Belajar Di Blog Bantu Pelajar OUM Lain Dapat Anugerah Dekan (Dean's List)

klik pada gambar untuk besarkan

Terharunya Mia bila membaca komen dari Mrs Adam, yang juga seorang pelajar OUM Petaling Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Mrs Adam kerana sudi menjadi pengunjung setia blog ini. Kami pun dah semakin rapat sejak Mrs Adam jadi peserta kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012.

Ada faedahnya juga blog Mia ini. Nak buat macam mana Mia ni kan suka bercerita, bagi semangat kat pelajar OUM. Apa yang Mia ada, Mia kongsikan supaya menjadi rujukan semua.

Jom kita tengok apa komen Mrs Adam dalam entri Result Semester Januari 2012

Mrs Adam : sejak jumpa blog kak mia dua2 sem saya dpt DL, kenapalah tak jumpa blog kak mia sejak sem 1. huhu 
Mia Liana : alhamdulillah, berguna juga tips2 dan kisah kak mia belajar OUM di dalam blog ini. semoga akan terus Dean List (DL) ya mrs adam...

Tiba-tiba Mia rasa macam gembira sangat sebab dapat juga Mia membantu pelajar lain dengan hanya melalui blog. Lebih-lebih lagi dapat Dean's List (DL), lagilah Mia rasa teruja. Dapat juga melahirkan seorang  pelajar DL. 

Percayalah pada diri kita sendiri, semua orang boleh melakukannya. Mula-mula dulu Mia pun rasa agak malu dan segan nak cerita kisah belajar Mia di OUM. Tapi Mia yakin jika Mia dapat kongsikan di blog, akan ada ramai lagi pelajar OUM seperti Mia.

Jemput tengok tips Menuju Ke Arah Anugerah Dekan (Dean's List) Di Open University Malaysia di SINI. Selamat maju jaya!

p/s: sukanya bila blog ini dapat membantu pelajar OUM mendapat Anugerah Dekan (Dean's List)

Post a Comment

20 Comments

  1. masuk dekan list tu mcm mana ye kak mia .. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan pointer kita yang cemerlang telah diiktiraf anugerah anugerah, maksudnya kita ni pelajar cemerlang.

      kalau dapat setiap semester lagi bagus dan kekalkan prestasi sehingga habis belajar..

      Delete
  2. hehe.terharu saya baca entry ni.saya sebenarnya mmg target nak cemerlang je setiap sem,tapi sejak sem 1 hanya study sendiri je,bila jumpa blog kak mia terus dapat byk tips,kata2 perangsang,terus rasa bersemangat menjadi pelajar OUM.thanks again kak mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama mrs adam... teruskan kecemerlangan di semester akan datang.. tahniah!

      Delete
    2. terima kasih kak mia,walaupon tak penah jumpa kak mia(sebab saya oum PJ,kak mia oum johor) tapi dengan baca blog akak je dah boleh dapat inspirasi dan aura nak blaja rajin2

      Delete
    3. sama2 dear.. semoga berjaya untuk semester2 yang akan datang ya... all the best!

      Delete
  3. waahh yee ke???lepas ni bole laaa amalkan singgah kat blog akak...

    *hope berjaya seperti beliau juga..AMIN..

    **salam perkenalan dari Ahamd Fauzi Aryaan

    ReplyDelete
  4. Perkongsian dan Penerimaan yang penuh keihlaskan akan membuahkan hasil yang tidak diduga.

    ReplyDelete
  5. Memang best kalau tiap-tiap sem dapat DL.. :)

    ReplyDelete
  6. kak mia: my name is izyan, i read ur blog too!and i dpt dean list at oum this sem..alhamdulillah..ur blog is an inspiration for students like me:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohhh ye ke, izyan? terharu betul kak mia bila baca komen ini.

      tahniah ya dapat dean list. syukur sangat. semoga mendapat dean list juga untuk semester2 yang akan datang. good luck!

      Delete
  7. salam
    sekadar perkongsian..tiada maksud tersirat dari zahiri OUMPJ

    Tahniah ats kejayaan saudari mia dapat anugerah dekan, kesungguhan berkongsi info dan tips sesama pelajar OUM

    saya pelajar fakulti sains sosial gunaan, berada di sem ke 5, pelajar OL sejak dari sem ke 3 kerana tutorial diadakan pada hari sabtu n merupakan hari bekerja saya( kne apply annual list lau nak ke kelas but annual list diutamakn untuk exam day), mengharapakan tunjuk ajar sepenuhnya di myvle

    Alhamdulillah proses pengajian berjalan lancar...wlaupun sibuk ngan kerja n anak2 yang aktif membesar,kita buat nota, die mintak lukis angry bird..kiter print info die mintak bukak youtube boboiboy...heheheh BUT NAK SERIBU DAYA

    ALhamdulillah berkat rahmat Ilahi, diterangi hati, dipermudahkan urusan,saya pernah dapat PNG 3.8 dan sem lepas dapat 4.0 ..semoga nantiasa diterangi hati dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, semua pelajar OUM peroleh kejayaan
    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      terima kasih ya zahiri. sibuk macam mana pun kita kena berusaha dan bahagikan masa untuk semua komitmen yang ada.

      tahniah diucapkan kepada zahiri. semoga dapat mengekalkan prestasi cemerlang sehingga tamat pengajian.

      mia doakan zahiri berjaya, dan terima kasih sekali lagi sudi jenguk mia di blog.

      sekiranya ada permasalah dan pertanyan, bolehlah tanya Mia dan Mia akan cuba untuk menjawab berdasarkan pengalaman yang Mia lalui.

      Good luck and all the best!

      Delete
  8. Hi Kak Mia,

    Nak tumpang tanya, dalam e-services my IVLE tu ada option "withdraw" subject. Apa maksud withdraw subject ni? Adakah sama macam drop subject dan boleh ambil lain kali?

    Salam
    Sha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama dengan drop subject. drop subject tu masa kita registration subject. kita nak drop subject tu dan add subject baru.

      withdraw tu apabila kelas dah mula, tetapi kita taknak teruskan belajar subject itu, baru boleh withdraw. rasanya ini pemahaman kak mia. kalau nak tahu lanjut, kena tanya pejabat OUM sendiri.

      Delete