DiGi WWWOW Awards 2012 : Tinggal Hari Ini Dan Esok Sahaja
Ohhhh... cepatnya masa berlalu. Tup..tup...tup.. dah tinggal 2 hari sahaja lagi masa untuk VOTE / UNDI Mia. Cuma hari ini dan esok. DiGi WWWOW Awards 2012 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
Kedudukan Mia sekarang ini masih di rank ke 2 untuk kategori Nuffnang Blogger of the Year. Dah puas berhempas pulas berkempen di tambah pula dengan bantuan daripada peserta-peserta kempen dan rakan-rakan blogger, facebook dan twitter sekalian. Sampai dah tebal muka ni asyik minta VOTE hari-hari daripada mereka.
Pelbagai cara telah digunakan, usaha gigih telah dilaksanakan serta dalam masa yang sama bekerjasama dengan sponsor. Sibuk yang teramat sangat. Semuanya dalam masa 21 hari. Siang malam asyik teringatkan vote.. vote.. vote.. dan kempen.. kempen.. kempen...
Terus terang Mia katakan walaupun kita dah kempen besar-besaran di blog, facebook, twitter dan radio online... mesej memang sampai kepada semua tetapi tidak semua orang boleh VOTE Mia setiap hari. Hanya pengundi tegar sahaja dapat menyokong Mia 100%. Terkadang ada juga kekangan masa. Memang diakui bukan mudah untuk mendapatkan undian yang banyak dalam setiap hari. Peserta-peserta kempen telah pun bertungkus lumus berkempen di mana-mana. Syabas diucapkan!
Kepada yang mengundi Mia... teruskan undi Mia hari ini dan hari esok. Sokongan dan bantuan anda amat Mia perlukan saat ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua bagi memartabatkan blog ini di dalam DiGi WWWOW Awards 2012. Berusaha dan berdoa.....
Jom tengok....zassss.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)
p/s: tetap berjuang sehingga ke hari terakhir...... dan jangan lupa VOTE Mia di SINI.
4 Comments
Semoga berjaya :)
ReplyDeleteterima kasih... ya muttallif..
Deletevote hingga tarikh akhir..
ReplyDeleteterima kasih vote mia... :)
Delete