Perbincangan bersama Puan Zarini, pemilik RSFG DCM telah diadakan di Danga City Mall sejurus selepas Mia mengesahkan pencalonan dalam DiGi WWWOW Awards 2012. Sememangnya Mia amat berkenan dengan pakaian-pakaian rekaan Abang Rahim yang menggunakan fabrik Lycra. Selesa dan sesuai untuk Mia. RSFG DCM telah bersetuju untuk sponsor pakaian bagi Mia menghadiri malam penganugerahan DiGi WWWOW Awards nanti. Sukanya Mia. Suatu penghargaan yang begitu bermakna. Lokasi video promo pun dalam butik ini.
Pandangan hadapan Butik RSFG DCM
Mia dengan Zarini, pemilik RSFG DCM
Video Promo Mialiana.com di RSFG DCM
Selain daripada sponsor pakaian untuk Mia, ada satu lagi yang akan di sponsor oleh RSFG DCM...
Jeng... Jeng.... Jeng....
Inilah cenderahati untuk peserta kempen terbaik Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Sehelai jubah lycra satin dan tudung syria (warna pink) bernilai RM 200.00. Berdebar-debar ya semua.... Pemilihan dibuat oleh RSFG DCM sendiri berdasarkan komitmen dan usaha yang diberikan oleh peserta kempen yang berjaya. Keputusan akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Peserta kempen berjaya dikehendaki bergambar sambil memakai jubah dan tudung ini dan kemudian membuat entri sponsor. Sekiranya peserta kempen lelaki yang berjaya, nampak gayanya isterilah yang kena pakai. Diharap dapat berikan kerjasama nanti.
Cantik dan manisnya... Agak-agaknya milik siapakah ini?
Bestnya... tumpang gembira Mia. Terima kasih tidak terhingga kepada RSFG DCM yang sudi sponsor untuk kempen Mialiana.com
RSFG DCM L1-02 & L1-03,
Level One, Danga City Mall,
Jln Tun Abdul Razak,
80000, Johor Bahru
RSFG DCM (FB Page)
RSFG DCM (Blog)
p/s: sesiapa yang berada di Johor Bahru, jemputlah singgah di Danga City Mall ya.... ataupun boleh beli secara online di sini https://www.facebook.com/RsfgDcm
10 Comments
kalau tade isteri .. sah dye sendiri kene pakai .. heheh
ReplyDeletemintalah sesiapa yang wanita tolong pakaikan...
DeleteWahhh,cantik :)
ReplyDeletememang cantik dan fabrik yang sangat lembut serta selesa.
Deletekalau yg tak ada isteri tu mungkin adik perempuan ke, mak ke atau gelprem ke tentu boleh bantu untuk pakai dan posing ambik gambar..hehe :)
ReplyDeleteBetul...betul....betul....setuju sangat
Deletewahhhhhhhh memangggg cantikkkk sangatttt... siapa yang bakal memiliki dress itu memang bertuah.. all the best guys ;)
ReplyDeletetu la.. boleh jadi model lepas ni...
Deleteberuntungnya pada sesiapa yang dapat tu...
ReplyDeletekalau dah rezeki takkan ke mana.. kita tunggu dan lihat saja nanti... :)
Delete