DiGi WWWOW Awards 2012 - Radio Internet SenyumFM : Sponsor Kempen Mialiana.com
Wahhh.... Hebat betul radio online SenyumFM ini yang kini mempunyai purata pendengar seramai 300 hingga 400 orang dalam satu masa.
Semasa mendengar radio online ini tentu ada yang mendengar iklan komersial Mia Liana, kan? Sambil-sambil dengar tu, jangan lupa VOTE lah sekejap ya... di SINI. Iklan komersial Mia Liana ini sentiasa di ulang-ulang sebagai selingan antara lagu-lagu yang dimainkan bersama dengan iklan-iklan yang lain di sepanjang tempoh berkempen.
Suara rakaman Mia untuk SenyumFM, klik SINI.
Iklan komersial Mia di SenyumFM, klik SINI.
SenyumFM pula turut mempromosikan myHazman dalam kategori Most Inspiring Internet For Good Award selain daripada Mialiana.com. Bila di scroll ke bawah sedikit, baru anda akan nampak promosi Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012.
*sila klik pada gambar-gambar di atas untuk besarkan
Syukur sangat, ada juga radio online yang ingin bantu mempromosikan Mia. Hasil daripada perbincangan dengan pihak pengurusan SenyumFM telah bersetuju untuk promosi siaran iklan komersial di radio online ini secara percuma selama 3 bulan kepada semua sponsor kempen Mialiana.com. Wahhhh! Terima kasih tidak terhingga kepada SenyumFM.
p/s: sukanya... mesej kempen sampai kepada semua pendengar SenyumFM
1 Comments
terima kasih banyak2 ya senyumFm... radio online yang terhangat di masa kini..
ReplyDelete