DiGi WWWOW Awards 2012 - Penghantaran Cenderahati Ke Rumah Peserta Kempen
Cadangannya Mia nak gerak ke rumah-rumah peserta kempen yang berada di kawasan Johor Bahru semalam petang. Tapi Mia betul-betul tak larat kerana demam, selepas makan ubat di waktu tengahari terus tertidur sampai petang.
Namun Mia gagahi juga, selepas magrib semalam, terus hubungi 3 orang peserta kempen yang terdiri daripada blogger untuk bertandang ke rumah mereka. Inilah kali pertama Mia berjumpa dengan mereka. Selama ini hanya berhubungan di blog dan facebook sahaja.
Kami pergi sekeluarga... Mia, Sofea dan Suami Mia. Mula-mula pergi ke kawasan Pasir Gudang. Berjumpa dengan Mr Cool & Mrs Kepoh dan kemudian Kak Scarlett. Yang terakhir sekali, rumah Zulfakar yang berada berdekatan dengan rumah Mia. Sampai rumah pukul 1.00 pagi.
Diharap ketiga-ketiga peserta kempen ini dapat buat entri sponsor dahulu memandangkan penghantaran cenderahati kepada peserta kempen yang lain akan dibuat melalui pos pada hari esok.
Jom tengok gambar-gambar kami.... zass... (sila klik pada gambar untuk besarkan)
Dengan Mr Cool & Mrs Kepoh
Dengan Kak Scarlett
Dengan Zulfakar
p/s: Ini sahaja yang Mia ada sebagai penghargaan kepada usaha peserta-peserta kempen. Terima kasih kepada semua sponsor kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012.
19 Comments
wah!bestnya..tapi kesian kat Mia ya sampai demam..
ReplyDeleteterima kasih.. takpe.. dah plan takkan nak batal pula... terpaksa juga lah bertandang rumah mereka ni..
Deletepergh.. terbaik!
ReplyDeleteterima kasih ya nizam..
Deletehari ni last harap mia akan ada dipuncak nanti ... tahniah kpd peserta kempen yg dh dpt cendehati ye .... best
ReplyDeleteterima kasih doakan mia..
Deleteeee sukanya tengokkkk..bila lam mia nak datang tganu hantar sendiri untuk saya..hihihi :) mia..blog saya tak boleh masuk buat sementara..kita hanya boleh berhubung melalui fb saja la ye.. :(
ReplyDeleteuikk jauh sangat terengganu tu... heheh hantar pos aje lah ya..
Deleteoo.. blog tukar hosting baru ya...harap entri kempen tidak terjejas.
thanks kak mia sbb datang umah.. best sesangat dapat jumpa kak mia sekeluarga. Walaupun tak sihat kak mia gagahkan diri datang umah kami.. Terharu kami..
ReplyDeletesama2.. terima kasih ya sudi masak mee goreng untuk kak mia sekeluarga dan minta maaf la sebab dah tunggu kak mia dari petang.
DeleteEeei!Malunya!Dahlah dgn kain batik!:D Tq Mia tapi maaflah akak tak dapat sediakan apa-apa yg special.Entry berkaitan akan akak pos secepat mungkin.
ReplyDeleteuikkk.. yang kak scar sebut kain batik tu kenapa? kan semua orang dah perasan. takpe kak, yang penting mia dapat hantar cenderahati kepada akak..
Deletewah.. em, kak mia demam lagi x? jaga kesihatan ye..
ReplyDeletehaah... takpe jangan risau. sentiasa makan ubat ni..
DeleteEntry sponsor dah siap tapi kena up date lagi.Yang kedua, coming soon.
ReplyDeletehttp://www.mialiana.com/2012/05/arctic-ice-energy-worlds-best-tasting.html
terima kasih ya kak scar..
DeleteTerbaekkk
ReplyDeletehttp://mohamadzulfakar.blogspot.com/2012/05/blog-post.html
Entry Sponsor
terima kasih... zul..
Deletesama-sama
Delete