Bila Sofea Ada Kura-Kura...

Bangun pagi-pagi sahaja tadi, Sofea terus pergi cari kura-kura. Katanya nak bersihkan dulu, sebelum dibuat main. Sofea bersihkan dengan cotton buds. Sayang betul dia pada kura-kuranya.

Al-kisahnya, sejak-semenjak ini Sofea memang suka sangat dengan kura-kura. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke rumah mertua Mia. Ayah Mertua Mia memang bela sepasang ekor kura-kura. Sofea suka buat main-main kura-kura itu. Siap nak bawa balik ke rumah lagi.

Bila dah balik rumah, dia bising nak kura-kura. Nasib baik Mia terfikir satu idea, dan esoknya pergilah mencari mainan kura-kura dan terus beli di kedai kanak-kanak di Bandar Baru UDA. Balik rumah tunjukkan pada Sofea, bukan main sukanya dia. 

Senang nak jaga kura-kura ini, tak perlu ada akuarium, tak perlu kasi makan, cuma pusing kekunci dan dia boleh terus berjalan.

Jom tengok gambar Sofea pagi tadi.... zassss...






p/s: jadilah... daripada tiada langsung di rumah ini.... nak bela yang betul, Sofea masih kecil lagi....

Post a Comment

8 Comments

  1. comel je kura-kura tu. tapi sofea lagi maintain comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... memang comel sangat kura-kura tu. tu yang kak mia belikan....

      uikkk terima kasih miza..

      Delete
  2. Wah seronoknya sofea main kura-kura tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat... kalau boleh nak ajak maknya main sama...

      Delete
  3. agak2 klau bela sampai next year bole mbesar x sepasang kura2 ni, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk... yang membesar nanti tuannya.. bukan kura-kuranya... hehehhe

      Delete
  4. eh pandainya sofea amik cotton bud nak bersihkan kura2.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... nak bersihkan celah-celah kaki kura-kura, kotor katanya. hmmm.. padahal main dalam rumah aje...

      Delete