Hmmm... sekarang dah masuk 2 tahun 2 bulan sejak Mia gunakan kereta Getz ini. Dah nak dekat 44,000 km. Alhamdulillah kereta ini Mia guna dengan cermat, masih lagi elok dan molek sehingga kini. Dijaga dan diservis bila mengikut jadual.
Kalau tengok kat meter tu, penggunaan terkini ialah 43,672km dengan 8.4 liter/100km. Tak pasti pula jimat minyak ke tidak. Asalkan Mia selamat pergi ke tempat kerja dan balik rumah.
Walaupun kereta Getz ini agak compact dan kecil tapi Mia sungguh selesa menggunakannya. Cuma bila nak parking sahaja memang cukup berhati-hati takut terlanggar kereta orang atau objek lain.
Apa-apa pun Mia suka sangat kereta ini sebab nampak comel dari jauh.
p/s: pertama kali terpandang kereta Getz ni dulu, terus terpikat...
10 Comments
wah.. kereta dah pergi jauh, tapi meter pun tada habuk.. nampak bagus dari segi penjagaan kenderaan. :)viva saya 8bulan pakai dah kene tukar tayar depan kiri kanan.. :(
ReplyDeleteterima kasih... mia cuma tahu drive je. suami yang tolong jagakan...
DeleteKenderaan kita jika di servis dengan teratur mengikut jadual dan menggunakan alat ganti tulen mesti berkeadaan baik dan selamat.
ReplyDeleteterima kasih ya dear...
Deletesetuju... kalau kereta diservis ikut jadual mesti takde masalah punya...
ReplyDeletememang betul izan... kena sentiasa jaga dengan baik...
Deletekereta ni kan.... macam ada "roh" dia sendiri... kalau kita jaga dia... dia pun jaga kita...tak selalu meragam....
ReplyDeletepaling lega kalau dia tak meragam.. kalau dia meragam boleh tensen dibuatnya....
Deleteklau 8.0 liter/100km ke bwh kira lagi ok.. apa2 pun, ikut cara kita drive jgak ^^
ReplyDeleteikut mood drive, caliph. kadang bawa santai2 boleh cecah 7.3 la. kalau asyik laju2, sampai 9.0 pun ada... huhuh..
Delete