Bengkel Penyediaan Manual Prosedur Kerja (MPK) Pengurusan Stor Dan Aset


Minggu lepas, Mia telah hadiri Bengkel Penyediaan Manual Prosedur Kerja (MPK) Pengurusan Stor Dan Aset bertempat di ibu pejabat LPNM selama 2 hari, 28-29 Mac 2012 dari pagi hinggalah petang. Bila dah berjumpa dengan kawan-kawan di pejabat negeri lain memanglah seronok. Borak-borak sampai tak ingat dunia .

Masa bengkel ini pula memerah otak dan idea bagi menyiapkan Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi aktiviti pengurusan stor dan aset. Bukan senang ya nak jaga aset kerajaan. Banyak borang yang harus digunakan. Semuanya perlu berekod dan akan disemak oleh pihak audit setiap tahun.

Apaa-apa pun banyak juga pengalaman yang kami timba sepanjang 2 hari bengkel ini dijalankan.

Jom tengok gambar-gambar kami... zassss....







p/s: walaupun tensen dengan kerja.. tapi tetap enjoy.. nak-nak bila sampai bab makan...

Post a Comment

7 Comments

  1. meeting kalau tak ada makan... memang tak sah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib ada makan.. kalau tak, nanti semua orang boleh pengsan...

      Delete
  2. dannnnnn...bengkel ni la mempertemukan bisness partner..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa sangka.. kerja tetap kerja. bisnes tetap bisnes... :)

      Delete