Tudung Kesayangan Terbakar


Seperti biasa Mia akan gosok di bahagian yang keras tudung jenis ini. Entah macam mana pula, boleh pulak melekat dengan seterika. Aduh... kes berat ni. Dahlah satu-satunya tudung kesayangan, yang paling suka dipakai sebab sesuai untuk semua jenis warna. 

Jauh tu beli tudung ni. Kat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Nak kena tunggu kalau ada meeting di Kuala Lumpur barulah dapat beli yang baru semula. Nak juga beli di kedai yang sama. Tak nak kedai yang lain. Padahal kat Johor Bahru ini, punyalah melambak kedai tudung. Tapi Mia ni memang cerewet sedikit, kalau dah beli kat satu tempat, tempat itu sahajalah yang dibelinya. Malas nak fikir kedai lain.

Seterika ni pula dapat masa cabutan bertuah di tempat kerja lama, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah tahun 2004. Mungkin dah tiba masanya perlu diganti baru. Dah banyak tahun dia berjasa pada Mia. Tengok dululah macam mana... Kalau dah tak boleh digunakan lagi, terpaksa jugalah beli yang baru....





p/s: salah siapa ya agaknya... salah tudungnya kah? salah orang yang menggosokkah? atau salah seterikanya kah?

Post a Comment

19 Comments

  1. alahai,dah nasib tudung cmtu..xleh nak salahkan sesiapa :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak de lah mahal sangat, sop. tapi sayang sentimental value tu ada... huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. memang nak kena baru la ni. terima kasih bagi cadangan ya mr jocko

      Delete
  4. saya vote salah seterika kak hehe ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun ok juga. dah patut tukar yang baru seterika ni...

      Delete
  5. hehe..mesti masa ngah seterika fkrn melayang kan?hehe

    sape salah?lalalala~~ jap nak sambung fikir..hihi

    ReplyDelete
  6. ni mst masa gosok xsedar suhu terlampau panas sgt.. akk nak cepat2 iron 2 nak g mana kak? heheehe

    ReplyDelete
  7. yang penting bukan salah anum ya...hahahaha...

    ReplyDelete
  8. alamak... terbakar sudah... kalau anak yg buat habis laa... nasib baik maknya yg buat... heee3x

    ReplyDelete
  9. belalang rasa ini semua salah papan gosok baju tu... eh, tiba2 jer... hahaha

    ReplyDelete
  10. alaaa sayanggnya.. terutama sekali bila itu yg kita plg suka pakai kannnn

    ReplyDelete
  11. ..wah nampaknya dah ada alasan ajak cik mail naik kolumpo shopping tudung...hahahha

    ReplyDelete
  12. tudung tbakar xpe... jgn bnda lain terbakar sudah... huhuhu

    ReplyDelete
  13. Sabar ye kak.. Erm rasa patut kena ganti seterika tu.

    ReplyDelete