Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Semalam petang, selepas siap mengemas barang-barang, Mia pun minta tolong Mak Dara hantarkan ke stesen LRT Sri Rampai. Tempohari masa Mia sampai rumah Mak Dara, Jumaat lepas, Mia naik 2 LRT dari Terminal Bersepadu Tasek Selatan (TBS). Masa tu agak kelam-kabut takut stesen LRT tutup.

Punyalah baik hati Mak Dara dan Suaminya, terus nak hantarkan Mia ke Terminal Bersepadu Tasek Selatan (TBS). Terharunya... Sebenarnya Mia tak suka nak susahkan orang, dahlah duduk menumpang 2 hari kat rumah dia. 

Setibanya, di lobi utama TBS, sempat juga bersalaman. Rasa macam akan merindui suasana kegirangan keluarga ini. 

TBS sangat sesak dengan ramai orang. Lama juga Mia beratur untuk dapatkan tiket balik ke Johor Bahru. Akhirnya dapat juga jam 3.20 petang. Mia suka naik bas yang seat besar tu. Rasa selesa. Tidur pun nyenyak.

Mia sampai Johor Bahru dalam jam 8.00 malam dan turun di Sri Puteri dekat dengan Skudai Parade. 

Jom tengok gambar Mia dengan Mak Dara sekeluarga dalam kereta yang dipandu oleh Suaminya semasa dalam perjalanan ke TBS. zasssss...










p/s: terima kasih tidak terhingga kepada Mak Dara sekeluarga. Begitu juga dengan Suami Mak Dara yang sporting... Anak-anak Mak Dara yang cepat mesra dengan Mia.... Satu keluarga yang sangat sweet....

Post a Comment

10 Comments

  1. beruntung punya teman sebegitu...nanti kalau kami jalan2 johor boleh tak singgah umah Mia pulak..he he he....

    ReplyDelete
  2. Salam Mia.. waduhhh touchingnya dgn entry ni... Budak2 dah mula tanya pasal mia.. rindu la tu hehe.. Hope mia tak serik ke rumah akk lagi ye.. all the best for ur final exam nnt ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. *kak mia..
      urusan apa kt KL tu?

      sori sy drop comment kt sini sbb cara biasa dh x bole, huh...

      Delete
  3. kak MIa JB katne..leh la oshin singgah nnti...45 minit je ke JB tu hihi

    ReplyDelete
  4. sorry mia sbb x dapat jumpa
    bapa mertua masuk wad kerana denggi...
    lain kali yek, jika ada keizinan

    ReplyDelete