Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat‏



Percaya ke tak percaya... Agak-agak bila dah nak dekat tengahari ataupun petang memang akan ada rasa mengantukkan kat pejabat? Mia pun selalu gitu, nak-nak bila tidur tak berapa cukup pada sebelah malam. Tapi Mia atasinya dengan minum air masak banyak. Kemudian, Mia jalan-jalan ke tempat lain supaya dapat ambil mood baru dan kemudian sambung kerja semula.

Di sini Mia nak kongsikan email yang Mia terima dari kawan Mia. Jom kita tengok petua-petua yang lain untuk hilangkan ngantuk.... zasss....

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda  tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik -  Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar,  anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air  - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur  mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur -  Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

sumber : emel

p/s: kalau dah tak tahan sangat, tidur sahajalah....

Post a Comment

13 Comments

  1. hmm boleh guna petua ni bila mengantuk masa study. hehe thank u kak mia.

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... semoga berjaya dalam pelajaran ya... all the best!

      Delete
  2. Kakak jenis mengantuk tapi susah nak tidur siang hari... jadi biasanya kakak jenjalan sekejap, turun bawah ke dan naik semula dah segar kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohhh kak zaki wat cenggitu. ok gak... kasi gerak2 kaki tu...

      Delete
  3. tp slalunyerr , ngntuk tp tamaw tidow pown , hehehe , sb ta slese slagi bkn kt ats katil kui3~

    lagik satu na ilang ase nantuk kemam gula2 hehehe ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... terima kasih cweet pinky, memang la seronok bila tido atas katil. kalau kat ofis, tido atas meja je la..

      kak mia pun pernah tertido sambil kemam gula... tapi tak selalu..

      Delete
  4. baguslah petua nie.. petua nie Ena boleh praktikkan masa nak study.. t.kasih kak :)

    ReplyDelete
  5. klau x cukup tido, pastu bila tgh hari trus lunch.. nanti siap laa ngantuk giler2, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. perut dah kenyang, mata mulalah ngantuk nak tidur... dugaan kuat betul

      Delete
  6. yg cara urut tu camne ek...urut area mana

    ReplyDelete