Jom Bertukar Kepada Threaded Comments Untuk Blogger

Mia rasa dah tiba masanya Mia bertukar kepada Threaded Comments Untuk Blogger bagi memudahkan Mia berinteraksi dengan pengunjung yang memberikan komen dalam blog Mia ni. Senang nak balas komen dengan cara begini. Kalau dulu Mia gunakan @ untuk balas komen, kejap tengok ke atas, kejap tengok ke bawah. Sakit tengkuk. Letih sedikit la.. Tetapi dengan kaedah yang baru ini, Mia rasa akan lebih mudah dan senang.

Pagi tadi, Mia telah belajar dulu cara-cara nak buatnya dalam Blogger Adds Threaded Comments dan Engage with your readers through threaded commenting.

  1. Settings >> Other >> Allow Blog Feed >> Full
  2. Settings >> Post and comments >> Comment Location >> Embedded

Mula-mula Mia buat tak jadi, sebab mungkin banyak buat perubahan pada template blog ini. Tapi sebelum tu, Mia sempat backup dulu dengan pergi ke Template, kemudian klik pada Backup/Restore untuk simpan backup template ke dalam komputer.

Jadi Mia Restore semula backup tadi. Barulah Mia pergi ke Edit HTML >> Proceed dan terus klik Revert widget templates to default untuk mengembalikan template blog kepada asal. Lepas tu Mia refresh blog Mialiana.com. Tapi tiada perubahan pula. Cuba 2 ke 3 kali pun tak keluar juga. Geram punya geram terus shutdown komputer ini. Dah lama sedikit, kemudian Mia hidupkan. Dan ternyata.... bila buka blog Mia ni, klik pada ruangan komen, terus keluar threaded comments. Sukanya... Yeay telah berjaya... Kemudian masukkan balik coding auto read more post dalam template blog. Siap.

Selepas...



Sebelum....


Tapi yang peliknya... bila Mia belek-belek kenapa pula masa tu tak sama. Cuba bandingkan kedua-dua gambar di atas.  Ijah komen pada March 9, 2012 4.24 am tapi bila dah tukar threaded comments jadi Mar 8, 2012 12.24 pm. Bila Mia tengok blog-blog lain pun sama juga. Timbul tanda tanya. Oleh kerana malas nak fikir, anggap positif je, mungkin akan ada penambahbaikan untuk masalah masa ini di kemudian hari.

p/s: suka mencuba sesuatu yang baru... selamat mencuba..

Post a Comment

26 Comments

  1. adeii.. setting kita tak same la sis.. :) anyway sharing yg terbaek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk xpe... yang penting pengunjung boleh komen...

      Delete
  2. saya tukar guna coding, setakat nie ok je, kalau nak cuba boleh tgk kat entry ni,

    http://www.anastasyea.com/2012/01/aktifkan-threaded-comments-pada-custom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... terima kasih ya.. kak mia dah tengok entri ni, cuma belum buat lagi..

      Delete
  3. Replies
    1. sama-sama... saje je bw ke sana sini.. bila dah boring..

      Delete
  4. nak test komen sini plak sebab opis ban cbox...kuikuikui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. terima kasih sudi test komen ni.

      p/s: mia tak pakai cbox la abgteror

      Delete
  5. betul mia.. ramai yg kata masa tu lari dari yg sbnrnya. tapi takpe... lebih mudah nak balas komen lepas ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. buat tahu je. yang penting senang kita nak reply komen-komen pengunjung.... :)

      Delete
  6. dh lama tgk style ni tapi setakat ni blom rasa nk tukar, hikk...

    ReplyDelete
  7. Ok I dah ubah kepada threaded comments tanpa sebarang masalah. Thanx Mia!

    ReplyDelete
  8. sapa lah nk wat kan untuk mama nih!!huhu

    ReplyDelete