Berakhirnya Santau Merasuk di TV3 | Pengajaran dan Renungan


Sedihnya bila Mia tengok episod terakhir Santau Merasuk di TV3 pada malam jumaat lepas. Bahaya betul santau. Kalau dah terkena susah nak sembuh kecuali pandai cari tempat untuk berubat.

Paling sedih sekali, rupanya orang yang di depan mata yang hantar santau. Mula-mula sikap kawan baik yang tidak berpuas hati. Kemudian, siapa sangka tukang kebun tu sebenarnya nak balas dendam disebabkan kes pokok besar yang ditebang merupakan nyawa kepada ayahnya. Anak-anak dan isteri yang menjadi mangsa keadaan. Keluarga jadi porak-peranda. Dahlah macam tu, orang tua nasihatkan pun tak nak dengar kerana pentingkan ego. Ilmu agama pun cetek. Amalan pun entah ke mana. Akhirnya Halim jadi gila selepas ibunya meninggal dan hidup dalam alam khayalannya sendiri. Terlalu banyak yang dijanjikan pada ibunya di masa lalu sehingga tidak mampu nak laksanakannya. Begitu besar pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sehingga sanggup mengeluarkan simpanan pergi haji untuk mencapai cita-cita anaknya. Mia ringkaskan mana yang penting sahaja.

Banyak betul pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah Santau Merasuk di TV3 ini. Sama-samalah kita renungkan. Saling bermaafan lah di antara kita. Bertolak-ansur dan bertimbangrasa.

Dalam kehidupan sebenar, kita pun tidak tahu siapa yang tidak suka dan benci kita. Kadang ada orang iri hati dan cemburu pula. Kadang-kadang kawan yang rapat dan baik dengan kita pun boleh jadi juga. Sentiasalah berwaspada dan hati-hati walaupun di mana sahaja kita berada. Alangkah bagusnya kalau kita dapat tahu dan baca isi hati orang, tetapi tidak semua orang diberikan kelebihan ini.

Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang Anonymous yang komen dan sanggup berkongsi pengalaman beliau di blog ini walaupun tidak menyebut nama ataupun nama samaran beliau.

Jom tengok komen daripada Anonymous...

klik pada gambar untuk besarkan

Antara entri-entri yang berkaitan santau di blog ini.....
  1. Tanda-Tanda Serangan Gangguan Makhluk Halus, Sihir, Santau dan Saka
  2. Amalan Mengelakkan Santau
  3. Surah Al-Kausar
p/s: semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan khianat manusia... amin....

Post a Comment

11 Comments

  1. bukan org dikenali sahaja. yg tidak dikenali pun boleh terkena santau. beringat2 jika makan di R&R tapah (perak) ramai yg terkena santau makan di situ. ada pengamal akan menguji ilmu mereka dgn menghantar melalui angin, siapa yang lalu akan terkena masa tu tak kira di mana sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh ye ke? kalau gitu bila ke sana kena lebih hati-hati ataupun tak singgah langsung kat R&R tu... terima kasih atas info ni..

      Delete
  2. Tak sempat tengok pun cerita tu.. kena pi tonton lah ni... hehe

    ReplyDelete
  3. xsabar nk tgk amukan pocong... mesti lg serammm...

    suami sy dah agak yg Farel tukang kebun tu mcm suspek jahat jer... xsangka kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la... memang nampak macam seram betul. takleh tengok sorang2. kang malam susah tido nanti.

      tu la, mia macam pelik je tengok tukang kebun. tak terfikir pun dari mula..

      Delete
  4. Replies
    1. memang seram.. kejap2 tutup bantal, takut juga kak mia..

      Delete
  5. Kak zana tengok gitu2 je sb takde org temankian. Kita ni penakut. Kita digalakkan mengamal bacaan atau doa yg sepatutnya. Adik kz pernah kena, dah arwah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kak zana. mia pun memang cenggitu. al-fatihah buat arwahnya...

      Delete
  6. terima kasih. mia pun dah balas kunjungannya.

    ReplyDelete