Tanda-Tanda Serangan Gangguan Makhluk Halus, Sihir, Santau dan Saka


Entri pada kali ini Mia berminat untuk berkongsi tanda-tanda serangan gangguan makhluk halus, sihir, santau dan saka yang sering berlaku di sekitar kita. Bila dah sibuk dengan belajar atau kerja tentu kita terlupa untuk menguatkan amalan kita terhadapNya. Sesungguhnya kita jangan terlalu mudah lupa dan lalai tentang tanggungjawab kita terhadapNya.

Mia ada terjumpa satu artikel TERAPI RUQYAH KEATAS PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS/NON-MEDIK di http://www.kartikabuana.net tentang cara-cara untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu sudah terkena serangan gangguan makhluk halus, sihir, santau dan saka . Bagaimana kalau ahli keluarga kita yang terkena, tapi kita tak tahu. Bila dapat tahu dah teruk rupanya. Kan dah berat kesnya.

Jom kita tengok tanda-tandanya.... zassss...

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:
  1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
  2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
  3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
  4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
  5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
  6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
  7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
  8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
  9. Selalu sakit kepala
  10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
  11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung
Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)
  1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
  2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan 
  3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
  4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah
Tanda-tanda sihir pengasih
  1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
  2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
  3. Kuat berkhayal tentang adegan kelamin
  4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan kelamin
Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)
  1. Cakap merapu
  2. Fikiran bingung
  3. Sentiasa resah gelisah
  4. Tidak menjaga kebersihan diri
  5. Gemar bersendirian
  6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
  7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
Tanda-tanda sihir pendarahan

Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit. 

Tanda-tanda santau
  1. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
  2. Sakit dibawah tulang kipas
  3. Sakit dibawah punggung
  4. Batuk yang berterusan
  5. Bermimpi binatang yang menakutkan
  6. Sesak nafas
  7. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
  8. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
  9. Daya ingatan berkurangan
Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka
  1. Sukar tidur
  2. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
  3. Ketawa dan menangis ketika tidur
  4. Pening kepala
  5. Malas dan lesu
  6. Lenguh-lenguh sendi
  7. Pemarah dan terlalu emosi
  8. Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan
Pedoman dan renungan

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi  saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan "buatan orang",walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa.

Semuga kita dirahmati ALLAH SWT.

p/s: cuba check diri sendiri dan orang terdekat jangan sampai ada tanda-tanda seperti di atas. Moga kita semua dijauhkan... amin...

Post a Comment

23 Comments

  1. nice info...tq sharing this artikal...hehe

    ReplyDelete
  2. xsangka zmn moden ni lg byk pykit2 yg camni especially santau...mintak djauhkn bnda2 setan ni

    ReplyDelete
  3. Apa yg takut dan bimbang kita tak tahu itu adalah tanda saka kerana bila ke hospital sebab batuk bila makan ubat baik.... tapi bila dah masuk berbelas tahun baru tahu - mas tu dah teruk

    ReplyDelete
  4. pehhh mmg banyak tanda2 sama ada kita perasan atau tidak.. sesiapa yg ada trkena boleh baca entry kutooo



    RAWATAN ISLAM DI JOHOR

    ReplyDelete
  5. menakutkan tapi kena selalu dekatkan diri kpd Allah..Insya Allah, selamat dunia akhirat..Tahniah, mialiana terpilih sbg top referral link segmen saya..utk detail sila ke blog saya yea..tq :)

    ReplyDelete
  6. ya allah, mintak dijauhkan dengan semua ni :(

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing..pernah ada pengalaman...masa tuh selalu mimpi binatang ganas2..setiap kali mimpi sume binatang tuh munculwarna hitam....

    n pernah sekali tengok tanyalah ustaz di TV9...selalunya mimpi lembaga2 hitam nih means ada orang niat x baik kat kita n cuba hantar sesuatu...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi info ini. Boleh dijadikan panduan berguna.

    ReplyDelete
  9. Salam, mia. Terima kasih kerana sudi kongsikan info ini kpd para pembaca mia. Kak selalu dngr tentang saka ini dan pernah membaca pengalaman benar tentangnya. Memang sgt bahaya dan boleh merosakkan keharmonian keluarga. Semoga kita dijauhi dari gangguan ini, Amin......

    ReplyDelete
  10. Semoga kita dilindungi Allah SWT dan terhindar dari sihir dan guna-guna. Aamiin.

    ReplyDelete
  11. good info bro.. sangat membantu..
    syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sungguh menyedihkan... yg terkena sihir itu, lupakan ibu bapa...asyik mahsyuk dengan si punya angkara... banyak yg teraniaya

      Delete
  12. yg lagi sedih... sihir cinta ini, memisahkan ibu dgn anak...yg hanya diingat si yang berhajat kpdnya sahaja... lain semua jadi bler

    ReplyDelete
  13. saya nak share juga , nak share juga , minta izin yer

    ReplyDelete
  14. saya nak share juga , nak share juga , hehee minta izin yer

    ReplyDelete
  15. kekadangkita senang menterjemahkan perkara2 ini,tapi bagi mereka yang dah terkena dan mengalaminya sendiri amat payah mengubatinya,kekadang ada manusia yang mencari kesempatan untuk perolehi impaknya baik dari perubatan cara islam atau sebaliknya,contoh setiap kali pergi kelokasi berlainan yg ini kata saka,sihir,terpijak dll tapi penyakit tetap camtu gak,top sekarang adalah saka kerana bayarannya amat tinggi,hanya mereka yang berpegang pada keredhoan Allah je yang diberi Allah pengetahuan tentang perkara dan melakukannya dg keiklasan,contoh sihir bukan senang untuk mengubatinya selagi orang yg menyihir atau pengupahnya tak dikalahkan atau dihantar terus kelubang kubur,pesakit tetap akan mengalaminya hingga keakhir hayat,

    ReplyDelete