Pada petang Jumaat (24 Februari 2012) yang lepas, Mia dan Kak Aida telah bersembang-sembang dengan 4 blogger terhangat di Kuala Lumpur. Mula-mula ingatkan tak jadi, lepas solat Jumaat baru confirm jadi nak lepak sini. Hanya sembang-sembang petang di McDonald's The Mall selepas menghadiri event Bicara Bersama Tun. Dr. Mahathir di sebelah paginya.
Rasanya termasuk ni dah 2 kali berjumpa dengan Bro Framestone. Yang lain-lain baru pertama kali Mia jumpa Rabiatul Adawiyah, Hilal Azmi dan Ariff Shah. Selalu tengok blog diorang je. Ni sekarang dah di depan mata, jadi sesi suai kenal secara mesra. Macam-macamlah yang keluar, borak-borak petang. Cerita itu... cerita ini...
Kagum dengan semangat yang ada Bro Framestone ni, fulltime blogger. Hebat tu... Ariff Shah pula yang baru sahaja selesai pengajian di Moscow agak kurus sedikit. Takpe.. ni dah balik Malaysia, makanlah macam-macam nanti boleh naik skit berat badan tu...
Rabiatul Adawiyah dan Hilal Azmi, memang Mia tidak berapa kenal sangat. Bila berjumpa macam ni bolehlah tambah kawan dan berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing.
Ramai blogger yang duduk di Kuala Lumpur cepat betul naik. Dapat sponsor smartphone dan laptop, dapat masuk tv, dapat masuk majalah. Mia dan Kak Aida dengar sahaja celoteh mereka ni. Kat Kuala Lumpur ni, banyak yang happening. Ada banyak event. Kita ni blogger luar, hanya tumpang gembira di atas kejayaan mereka ni.
Yang ni special pose daripada mereka untuk pengunjung blog Mia ni...
p/s: walaupun dah famous amous.. yang penting jangan sombong.....
12 Comments
cantik dan kacak semua blogger ni k.mia..hehe..best kan tambah kawan baru..tukar2 pendapat..hurm..tak penah meet up mana2 blogger lg so far..:)
ReplyDeletesha ada pergi sama tapi kena balik awal...masuk keje di Damansara..hari tu keje half day...:) baguslah awak sanggup dtg dari johor utk Che Det !!!!
ReplyDeletebestnya dpt jumpa rakan bloggers... maybe blh rapatkan lg silaturrahim yg terjalin secara maya kan..
ReplyDeletebesynya akk bolh sembang2 lagi dengan blogger yg femes semua nie..
ReplyDeletewahh, bestnye akak! :)
ReplyDeletebsetnya daoat meet up dgn org yg selama ni kita kenal kat alam maya jer..tp sya ni pemalu,,kalau psetaim jumpa dgn org yg kita dah kenal tp tak penah jumpa lg terus rasa kelu lidah nak berbual hahaha..pemalu rupanya sya!
ReplyDeleteberuntung mia dpt jumpa dgn blogger hebat.. Insya ALlah, jika gigih & terus minat dgn blog pasti boleh.. tp memang beruntung kan blogger yg di KL tu.. byk peluang... hanya tinggal mau atau tidak jer..
ReplyDeleteshooting terakhir tu mmg superb..kehkehkhe.. idea sape kah itu?
ReplyDelete@Muaz Faris uikkk heheheh... tentulah idea kak mia...
ReplyDeletenak jumpa Mia juga...
ReplyDeletewah bestnya dapat jumpe blogger2 hebat.. hehe..
ReplyDeletekak mialiana...
ReplyDeletebaru saya berkesempatan komen. terima kasih.. hehehe..
xoxo!
www.rabiatuladawiyah.com