Hmmm... pagi tadi Mia masak jemput-jemput bawang. Bahan-bahan semuanya ada. Senanglah tinggal bancuh dan goreng. Suami Mia dan Sofea memang suka makan jemput-jemput bawang.
Mudah je nak buat ni. Mia buat pun tak banyak, untuk 3 orang makan. Mula-mula potong bawang besar dan kemudian diramas-ramas bersama garam. Lepas itu, pecahkan sebiji telur, dan digaulkan terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan air secukupnya. Agak-agak lah jangan sampai cair sangat. Gaul sampai rata. Dah siap adunan tadi, kemudian goreng atas kuali. Gunalah sudu yang agak besar sedikit untuk cedok sedikit demi sedikit aduanan tadi ke dalam kuali. Maka, jadilah pelbagai bentuk dan rupa seperti gambar di atas.
Memang sedap dimakan panas-panas dan lebih berselera dicicah dengan sos cili ataupun sambal tumis. Sungguh mengenyangkan.
p/s: sekejap je ngadap terus licin... kalau buat banyak takut tak habis pula...
8 Comments
dok ostel tade jemput2 bwg -.-
ReplyDeletesedap juga....
ReplyDeletemacam sedap je.sian kat orang bujang sorang ni dari pagi tak makan.wuuuu
ReplyDeleteletak udang mesti sedap kan.. hehehe.. terliur lak bila terbayang letak udang..
ReplyDeleteOrang lain tengok Iklan pun dapat duit
alamak..dah malam baru dtg sini..dah sejuk la jemput2 tu kan..urmmm...
ReplyDeleteSemalam Dieyna buat jemput2 manis.. hrhe
ReplyDeleteyg mcm2 bentuk tu lah yg best, tp sy mesti cekup dulu yg keraknye, rangup..hehe
ReplyDeletekami pun suka makan jemput2 ni especially jemput2 kentang. kalau letak bawang, anak2 izan suka ketepikan bawang pulak.
ReplyDelete