Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan iaitu mengumpat. Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada di hadapannya.
Perbuatan ini samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya. Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain, adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudara yang mati (jika demikian keadaannya mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya" *Surah Al-Jujurat Ayat 12.
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka mengumpat antaranya:
- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.
- Menjaga hati kawan yang mengumpat. Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain, orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.
- Menunjukkan kebaikan diri sendiri yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH, dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain. Kadang-kadang dia mendakwa, dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
- Menghina orang. Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
- Tujuan bergurau, bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Semoga kita sentiasa menjaga iman dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka yang sentiasa berserah diri kepada ALLAH.....Amin.
sumber : emel
p/s: moralnya... jauhkanlah diri kita dari perbuatan mengumpat, lebih-lebih lagi masa berborak-borak dengan rakan sepejabat ataupun jiran-jiran sekeliling rumah...
7 Comments
mengumpat ni bukan orang yang kita kenal je.. pasal artis pun boleh jadi.. hmmm
ReplyDeletekalau blh mmg kena nak elakkan...
ReplyDeletebetul tu.. elakkan la mengumpat.. byk keburukan dari kebaikan..
ReplyDeleteSy pun dlu suka gak ngumpat dgn kwn2 :(
ReplyDeletepatut tunjuk ada satu video utube, dia tayang beberapa org wanita dgn makan daging..
ReplyDeletewah,, mmg lps tu insaf kot.
adakah kita nak makan daging sahabat kita sendiri?
Ka Mia ditag :)
ReplyDeletehttp://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/lovestory313-1st-giveaway.html
niceeeeeee sangat .
ReplyDeletegood sharing ...
"orang yang hatinya busuk adalah orang yang selalu memburuk2kan org "
akhir zaman....org lebih percaya yg fitnah dari yg benar . haiihhh -__-''