Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga bermanfaat kisah ini. Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. Semoga Allah redha dengan kita. Amin...
sumber : emel
25 Comments
saya terusik dengan entry ini,mudah2an dapat iktibar dan pengajaran darinya.
ReplyDeleteinsyaallah .... terima kasih berkongsi cerita ini
ReplyDeletePaling menakutkan ialah doa org2 yg dizalimi (tiada hijab).
ReplyDeleteGood entry & menginsafkan.. cuma wondering, si adik buta huruf, tp kenapa dia melihat kertas tiap kali berdoa.. bagaimana dia membaca? Mungkin buta huruf utk huruf jawi je kot? Am I right?
touching tol bca pgi2 nie...thanks's sharing..
ReplyDeleteentry yg manfaat...jgn takbur bila allah makbulkan doa kita..
ReplyDeletemmg touching dan bg pengajaran...
ReplyDelete@Huda mia pun tersentuh juga dengan kisah ni...
ReplyDelete@amie tiezsama2..
ReplyDelete@Miss Mirror a.k.a Sam tu la sebab orang yang dizalimi, doanya memang cepat termakbul.
ReplyDeletedari kisah ini, mia dapat simpulkan si adik mungkin buta huruf rumi, sebab tu susah nak dapatkan pekerjaan yang lebih tinggi. doa-doa tu mungkin dalam huruf jawi. kertas tu yang dilihat selalu ialah apa yang ditulis oleh ayahnya. jadi tentulah dia akan baca, walaupun ayatnya dia dah ingat.
@izyantyPersonalTaste memang touching. semoga kita sentiasa beringat dan tidak membanggakan diri.
ReplyDeletehaah kan kak.adik dia boleh doakan utk abang dia..abg dia ingat doa dia yg dimakbulkan.rasanya kalau kita mendoakan org lain..doa kita lebih cepat dimakbulkan kan?
ReplyDeleteterasa kerdilnya diriku ini..hurm :\
ReplyDeleteHati kakak tersentuh sama Mia... sungguh doa org yg dhaif lebih makbul...
ReplyDeleteKisah ini sudah ditayangkan di TV9 suatu Januari lepas, lakonan Zamarul Hisham(abang) dan Bell Ngasri (adik).memang menyentuh hati..menangis jugaklah mama menontonnya.tajuk nya mama dh x ingat ..
ReplyDeleteInfo yang Sungguh sungguh mmbuatkan sue tersentuh.....dapat leee mengambil iktibar....semoga kita tak lalai....
ReplyDeleteuntung dapat adik macam tu.
ReplyDeletenice story kak
jemput join GA dr sy..
ReplyDeletehttp://acaiberryputrajaya.blogspot.com/2012/02/1st-giveaway-by-hayat-acai-berry.html
tQ
mudah-mudahan kita semua dapat iktibar dari artikel ini,,terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeletesalam mia kebetulan ea, hubby menang jugak tapi hadiah cenderahati utk top referral saje :) (mia dan fieda)..
ReplyDeletehadiah utk hubby mia just blog pilihan entry mcm tadi... :)
doa org yg lemah lebih mudah diperkenankan Allah. terutama yg beramal soleh.
ReplyDeletePernah tengok satu drama sebijik macam entri ini.. tak ingat tajuknya.. tapi drama tu best
ReplyDelete@Dieyna
ReplyDeleteye dieyna..mama pun pena tgk tv9
once, i believed semua tanda2 tu pkara biasa.bila tak tahan sakit, jumpa dr tapi tak byk perubahan, smpai suatu hari rakan sekerja jemput member2 pgamal perubatan islam ke tempat we all.bila discan.....subhanallah....mula2 memang tak caya....jin dah bersarang dlm jasad, akibat disihir, disantau n saka.why....setelah dikluarkan jin2 tu...mulalah i amal ayat2 suci alquran yg diberi.... bertempur dgn setan2 n iblis laknatullah ni tak semudah yg dsangka walaupun seblom ni i memang slalu bc quran....zikirpun tak tinggal.lemah sikit, kena serang lagi, ada kalanya lagi teruk...i still remember...1st week berubat, jin2 tu muncul dlm mimpi marah, ada yg luka tapi smua lari.sakit,lenguh sluruh bdn yg bsifat pindah randah smakin mjadi2.namun akhirnya mghilang secara beransur2.mimpi d ekori budak2, berada d tmpt sunyi n kotor,binatang2, benda2 tajam mengancam still on. after a few times berubat, barulah mimpi2 tu mghilang secara perlahan2.last hari tu tulang blakang terasa mcm dilumur lada... panas sgt...sekarang ni masih ada lg tanda2 tu tapi tak seteruk dulu...aduhai,ketahuilah, betapa siksanya jadi mangsa sihir, santau n saka.to all out there please jauhilah perbuatan2 yg dilaknat allah ni.bukan mangsa je yg mderita tapi orang2 d sekelilingpun turut tkena tempiasnya......bertobat sebelum terlambat.....
ReplyDeletesuka baca entri ni, memberi peringatan kepada smua org yg mmbacanya.. ^_^
ReplyDeleteKu Hijrahkan Doa tajuk drama tv9 bagi yg masih mncari ;)
ReplyDelete