Sesi Pendaftaran Semester Januari 2012


Pagi tadi, Mia memang nak pergi ke OUM Johor pada sebelah tengahari selepas segala urusan rumahtangga selesai. Biasalah hari Ahad, kalau hari lain tentu tiada masa. Kami sampai di OUM Johor dalam 12.30 tengahari. Memandangkan semester ini Mia perlu membayar yuran pengajian, jadi kami pun terus naik tangga ke kaunter Bank Islam di tingkat Mezzanine bilik G4. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM 1,455.00.




Selesai sahaja urusan pembayaran, kami turun tangga semula ke tingkat bawah untuk pendaftaran semester ini dan mengambil buku modul OUM.




Hmmm... rupanya ada 1 sahaja buku modul OUM yang Mia dapat iaitu Malaysian Studies. Untuk subjek Projects memang tiada.


Sempat pula bertemu dengan student lain, Encik Kawan yang selalu bertanya pada Mia dalam facebook. Macam-macam yang ditanya daripada assignment sampailah pada exam. (maaf ya Mia tidak ingat nama betulnya).

Kemudian, makan tengahari di kafetaria OUM Johor. Kami makan nasi ayam. Kebetulan masa ini, hujan sedang lebat di luar.





Sukanya... semester ini adalah semester terakhir Mia di OUM Johor. Really love it!

p/s: macam-macam karenah dan posing Sofea bila bergambar....

Post a Comment

1 Comments