Mia telah memilih Puan Hidayah Elias sebagai Project Supervisor Mia untuk subjek Project. Semalam (15 Januari 2012), Mia telah berjumpa untuk kali yang pertama bagi membincangkan dokumentasi Chapter 1 - Introduction (problem statement, objective, scope, limitation and implementation).
Puan Hidayah memang sporting sangat orangnya. Mia jumpa di rumahnya di Taman Pulai Perdana, memang dekat sangat lah bila ikut jalan belakang melalui Pulai Spring Resorts. Pertemuan hanya dalam 40 minit dan Mia tidak perlu ke OUM semester ini. Sekiranya, ada masalah boleh rujuk Puan Hidayah sama ada melalui FB, telefon, emel ataupun terus ke rumahnya.
Puan Hidayah pernah mengajar Mia beberapa subjek sebelum ini. Ada subjek yang dapat A dan ada yang dapat A-. Kalau tak faham, Puan Hidayah akan memberikan penjelasan serta contoh supaya lebih senang faham. Mia rasa senang bila berurusan dengan Puan Hidayah.
Hmmm... Mia dah pilih pun nak buat sistem apa... cuma masih belum pilih sama ada nak buat client-server atau web-based system. Susah betul nak buat keputusan. Nak guna programming language VB ke... atau nak guna PHP... Perlu buat keputusan dengan segera dalam 2 atau 3 hari ini.
Mia target minggu depan nak sambung cuti selepas Tahun Baru Cina untuk fokus pada database development dan interface form design.
Sumber rujukan dari myVLE system telah pun Mia download dan cetak dalam bentuk hardcopy. Project Registration Form BIT perlu dihantar kepada Puan Azma, Fakulti FITMC, OUM Kuala Lumpur sebelum tutorial ke 2 melalui faks.
klik untuk besarkan gambar
Mia akan mula sibuk dengan project development bermula minggu hadapan. Laporan projek lengkap berserta sistem perlu dihantar sebelum 3 Mei 2012. Yang penting sekali, perlu pandai uruskan masa dan buat timetable supaya kerja dan urusan rumahtangga tidak terjejas.
14 Comments
thesis.....blh sakit otak...heheee
ReplyDeletebest!suka kak mia share cerita2 oum.
ReplyDeletewaaa....saya baru lagi nyinggah2 kat blog akak ni. suka baca entry2 sini... thanks sebab akak share cerita. ;)
ReplyDeletegood luck
Good Luck Mia..
ReplyDeleteBuat yang terbaik..
pas baca blog kak mia trus nk smbung blajar balik hehe
ReplyDeleteWow..mia dah start buat thesis yeh?? Good luck okeh..
ReplyDelete@Aishah Jahirah memang boleh sakit otak... otak yang paling bekerja keras. takpe cuma beberapa bulan je...
ReplyDelete@mrs adam eh ye ke? terima kasih mrs adam...
ReplyDelete@ayuna ayuni.. sama2 ayuna dan terima kasih ya...
ReplyDelete@ummi anum terima kasih. ni tengah nak yang terbaik la ni... fiuhhhh
ReplyDelete@~Mr. Cool uikkkk! terima kasih ya... tak sangka pula blog ni boleh jadi peransang...
ReplyDelete@Mak Lagenda haah la makkkkk.... tidur tak lena ni.. terima kasih ya wish mia luck..
ReplyDeleteKesabaran dan Pengorbanan serta sokongan keluarga amat penting...
ReplyDeleteterima kasih dear...
Delete