Mia dengan Mak Dara dan Band D'Adza... Birthday Surprise....


Semalam Mia sampai ke Kuala Lumpur dalam pukul 8.15 malam dan terus check-in hotel. Memang dah hajat Mia memang nak bertemu sekejap dengan teman baik Mia ni... blogger Mak Dara. Konon-kononnya nak jumpa sekejap sebelum Mak Dara dan suaminya ke Shah Alam yang sekarang memang sibuk sangat menguruskan Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 (KLIS) yang akan berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari 2012. Dalam hati berkata, kalau tak sempat tidak mengapalah.

Tup-tup... jadi pula bila Mak Dara sms yang dia dan suami sedang on the way ke hotel Mia. Sebelum terlupa, Mia ke Kuala Lumpur atas urusan kerja bersama 2 orang pelajar praktikal, Aen dan Sakinah. Mia ada meeting pada pagi tadi manakala pelajar praktikal bertugas memasang komputer di Pineapple Information Centre (PIC) Serdang.

Maka siap-siap lah kami bertiga dan tunggu Mak Dara di lobi hotel. Bila Mak Dara sampai, betapa sukanya Mia dapat jumpa. Dah lama tak jumpa sejak Digi WWWOW Awards Night tempohari. Bertambah suka bila Mak Dara turut bagi hadiah pada Mia. Terima kasih ya...

Bila dah duduk dalam kereta, kami pun nak pergi makan. Mak Dara ajak Mia terus ke Shah Alam. Ohhh tidak! Tiba-tiba terasa menyusahkan. Mak Dara telah culik Mia. Tolong... tolong.... heheheh suspen plak. Sampai sahaja di Shah Alam, kami menjamu selera di kedai makan mamak 24 jam (terlupa pula apa nama kedainya) dan dibelanja oleh suami Mak Dara. Terima kasih ya...

Aktiviti seterusnya.... tak sangka begitu touching Mia bila Mak Dara bawa Mia pergi tengok Band D'Adza buat performance di Crossroads, Hotel Concorde. Mia difahamkan, Band D'Adza telah setahun lebih buat performance di sini bermula jam 9.00 malam sehingga 1.00 pagi setiap hari kecuali hari Ahad. Sememangnya Mia memang suka tengok live band. Suka hayati muzik dan suara merdu adik-beradik Mak Dara ini. Betul-betul teruja dan enjoy sangat masa ini.

Tepat sahaja jam 12.00, tiba-tiba Band D'Adza ni menyanyikan lagu "Happy Birthday" pada Mia dan semua tetamu yang hadir turut nyanyi sama. Tak tahu nak cakap apa. Betul-betul terkejut, Mak Dara buat kejutan. Mia terus dijemput ke atas pentas bagi memperkenalkan diri. Malu rasanya. Terima kasih ya pada semua yang wish Mia pada malam tu. Bila Mia turun je, Mia rasa syukur sangat. 

Mak Dara, this is my special moment birthday celebration with you... really love it... really like it... really enjoy it... Terima kasih sudi buat entri special tentang ini di Blogger Ini Telah Di"Kidnap" Pada Hari Jadinya. Terharu betul bila baca entri tu. Thanks for everything....












p/s: takkan lupa saat yang manis dan indah ini... terima kasih ya Mak Dara dan Band D'Adza

Post a Comment

12 Comments

  1. wahhh... specialnya birthday kak mia kali ni. siap mak dara n band d'adza buat surprise lagi...

    ReplyDelete
  2. Wah meriahnya sambut Birthday di Hotel Concorde Shah Alam. Terima Kasih kepada Mak Dara & Suami Dan Band D'Adza kerana sudi meraikan harilahir mia

    ReplyDelete
  3. amboi-amboi-amboi,, jelez ni muja!!! adess,, pe kata akak mia buang word verification,, senang sikit nak comment,, cara dye kat entry kat bawah,, hanya cadangan :D

    http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/cara-hilangkan-word-verification.html

    ReplyDelete
  4. birthday akak sambut sorang2 depan laptop je.. isshhhh.. bessnya ada orang ingat dan celebrate kan..

    ReplyDelete
  5. Bestnya...Mak dara buat party Surprise untuk mia ya...

    ReplyDelete
  6. mak dara pandai buat suprise! whoaaa.. hee.. Bestnya kak mia...

    ReplyDelete
  7. HAPPY BIRTHDAY MIA!!!!!!!!!!!! glad you like my surprise dear... muahhhhh harap dapat jumpa Mia lagi dan lagi dan lagi macam arnab eveready tu hehe.. Muahhhhh salam sayang dari akak..

    Ismail: nasib baik you tak marah sbb akak dah kidnap ur gorgeous wife semalam hehe..

    Pada semua yg ada di ruang komen ni terutamanya Kak Pah.. Saya harap kita dpt berjumpa satu hari nnt insyaallah =)

    ReplyDelete
  8. wah..glemer lah besday mia kali ni kan...tumpag hepi untukmia jugak...lagi gempaq kalau mia 'sumbangkan' 1 lagu kan....huhu

    ReplyDelete