Jamuan Makan Pizza Bersama Pelajar Praktikal


Pada hari Isnin (9 Januari 2012) lepas, Unit ICT telah pun mengadakan jamuan makan tengahari di Pizza Hut Damansara Alif bersama dengan 3 pelajar praktikal dari Politeknik. Sakinah dan Ain dari Politeknik Merlimau manakala Hilmi dari Politeknik Port Dickson. Mereka semua mengambil Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer. Selama 5 bulan mereka akan jalani latihan praktikal di LPNM bermula 19 Disember 2012 hingga 18 Mei 2012.

Semua pizza yang dipesan mesti cheese, memang suka sangat bila ada cheese banyak. Ditambah pula dengan honey BBQ chicken wings, sungguh lazat sehingga menjilat jari. Sebelum tu, makan sup dengan garlic bread dan disudahi dengan chocolate volcano with vanilla ice cream cake. Kalau tersalah nama jangan marah ya, Mia tak berapa ingat sangat nama-nama meal ni. Yang penting masuk mulut je.

Memang tak habis makan semua ini. Kami semua betul-betul enjoy makan.


Pizza utama kami yang penuh dengan cheese 

Super Supreme Pizza dengan cheese 

 Island Supreme Pizza dengan cheese


p/s: makan sampai kenyang.... betul-betul terlebih kenyang...

Post a Comment

10 Comments

  1. wah,kenyang makan.agak2 wan nanti pergi prkatikal dpt mkn mcm ni ke?huhu

    ReplyDelete
  2. macam kenal nama hilmi tu huhu :) wahh best terigin nak pizza sapa nak belanja -_-" hehe

    ReplyDelete
  3. waa, terliur tengok pizza! lame tak makan..

    ReplyDelete
  4. wahhhhh bestnya dpt makan pizza =) bilalah kita dapat jumpa lagi kan.. Kalau Mia ada dtg KL pada 30Jan -1hb feb boleh lah kita jumpa di KL Short Film Festival kan...

    ReplyDelete
  5. isy..bestnye akak mkn pizza.. nk gak, hehe.. >_<

    ReplyDelete