Setahun telah berlalu. Tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan buat Mia. Tidak perasan pula, usia pun semakin meningkat. Ingin patah balik terasa mustahil. Rindunya saat-saat masa yang lalu.
Antara yang terpenting dalam hidup Mia pada tahun 2011 ialah....
Impian untuk memiliki domain sendiri akhirnya tercapai pada 23 Januari 2011. Hadiah daripada Suami Mia sempena hari lahir Mia. Setahun dengan bayaran USD 10.00. Mia dapat bantuan dan tunjukajar daripada seorang blogger yang baik hati (tidak mahu namanya disebutkan), selama 2 hari kami berhubung melalui YM Messenger untuk urusan pertukaran domain dan masih mengekalkan blogspot. Nasib baik entri-entri lama masih boleh diakses menggunakan domain baru. Syukur, Mialianas.blogspot.com telah bertukar kepada Mialiana.com.
Pada bulan Februari, Mia telah memikul tanggungjawab berat membuat video pra pelancaran SMIN dalam tempoh 3 hari (kerja-kerja ad-hoc) dibantu oleh pelajar-pelajar praktikal menggunakan software Sony Vegas untuk editing video dan software Sound Forge untuk sound editing. Dengan tempoh masa yang diberikan sangat terhad, siap juga akhirnya.
Seterusnya, pada bulan Mac, ruang sewa iklan telah diwujudkan untuk iklan bersaiz 125 x 125 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para bloggers. Bermula dari sinilah Mia kenal Kak Pah dengan lebih dekat lagi.
Bulan April pula, Mia telah menjalinkan hubungan dengan BudgetGadgets.com untuk mempromosikan produk China di blog ini. Mula mengenali Mrs Yie dengan lebih rapat setelah menang segmen yang di anjurkan oleh Mrs Yie. Pada bulan ini juga, Mia kehilangan seorang rakan Indonesia yang baik hati, Arwah Kak Su dari Indramayu (Kota Mangga), Jawa Barat kerana masalah perut. Arwah Kak Su lah yang menemankan kami di sana semasa bulan madu kami yang ke 2.
Bulan Mei pula, Mia menyertai kategori Blogger of the Year, DiGi WWWOW Awards. Membuat promosi besar-besaran dengan mengadakan kempen di mana jua bagi meraih undian (blog, twitter dan facebook). Walaupun Mia tidaklah sehebat blogger lain tetapi usaha yang bersungguh-sungguh dibantu oleh rakan-rakan dan pelajar-pelajar OUM terutamanya Pengarah OUM Johor sendiri telah menaikkan Mia ke ranking ke 2. Semua peserta-peserta kempen Mia terdiri daripada bloggers (sekarang dah jadi geng rapat) mendapat cenderahati sehelai t-shirt dan pelekat sticker kereta. Bertambah ramailah kawan Mia, dan pada masa ini Mia mula kenal rapat dengan Mak Dara, Feroz, Izzudin, Amir Said dan Stevie. Mia juga mendapat votes dari rakan-rakan di luar negara. Keputusannya pertandingan ini telah diumumkan pada bulan Jun 2011 dan Anwar Hadi yang menang di ranking 1.
Pada bulan Julai, Mia telah menyertai MRT Logo Contest dan membuat kempen besar-besar di dalam blog dan menerima bantuan daripada beberapa bloggers bagi meraih undian. Twitter dan facebook juga digunakan untuk mendapatkan undian daripada semua orang. Keputusannya diumumkan pada bulan Ogos dan Mia mendapat tempat ke 3 dalam consolation prize dengan cek bernilai RM 2000.
Pada bulan Ogos pula, Mia telah menerima Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM untuk tahun 2011 dan mendapat pengecualian yuran akademik untuk 3 semester jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walaupun sibuk dengan kerjaya dan contest-contest besar di peringkat kebangsaan, pelajaran tetap akan Mia utamakan terlebih dahulu. Peruntukan masa untuk belajar tetap ada. Pengurusan masa yang cekap amat memainkan peranan penting dalam hidup Mia.
Bulan September pula, Mia telah menyertai program SENYAP anjuran ITYM dan IPPBM dalam memartabatkan golongan belia dari kalangan bloggers. Mia mendapat pendrive 4GB design sendiri secara percuma daripada Tasseri Enterprise atas usaha Mia mempromosikan produk tersebut di blog ini. Mia juga menang tempat ke 3 Contest Filem Libas oleh Mak Dara. Dapat t-shirt dan tiket percuma untuk 3 orang. OUM pula telah memasukkan kisah kejayaan Mia dalam majalah Korporat OUM Today Issue 86. Terasa begitu dihargai.
Pada bulan Oktober, Mia ada buat segmen banner gift untuk 10 follower bertuah sempena blog ini yang telah mencecah lebih 6000 followers pada masa itu sebagai tanda penghargaan istimewa daripada Mia. Rasa gembira sangat dapat design banner itu dengan air tangan Mia sendiri. Ruangan Iklan Percuma selama 24 jam dan sebanyak 6 slot telah disediakan bagi membantu blogger mempromosikan blog mereka di sini. Gunakanlah dengan sebaiknya... Bulan ini juga adalah hadiah kegembiraan buat Mia, bila laman web LPNM mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2011 di rank ke 10 dengan 94 markah. Usaha yang gigih telah membuahkan kejayaan untuk Mia sebagai webmaster laman web ini. Target cuma nak 80 markah sahaja pada masa ini.
Kenangan paling terindah pada bulan November apabila Mia dapat berjumpa dengan Angkasawan Negara di kafetaria OUM Johor. Sempat berborak, minta autograf dan bergambar sakan dengan tokoh yang menjadi sejarah pada Malaysia ini. Seorang yang peramah dan murah dengan senyuman.
Bulan yang terakhir begitu keramat kerana Mia menang dalam 2 contest, tempat ke 7 dalam E-Belia Blog Contest. Dapat tempat ke 3 contest Mak Dara Fabulous Giveaway dengan tajuk filem ciptaan Mia, Keramat Cinta Teragung. Di minggu terakhir bulan ini juga, Mia telah mengadakan segmen Pencarian Blogger Aktif bagi tujuan blogwalking dan kemudahan ini dikongsi bersama dengan pengunjung lain di blog ini. Segmen ini telah melebihi target sasarannya dan merupakan cara terbaru blogwalking di tahun baru 2012.
Syukur sangat dan begitulah kisah-kisah terpenting dalam hidup Mia pada tahun lepas. Sebelum tirai 2011 melabuhkan sayapnya, Mia telah mempunyai lebih 6600 follower untuk blog ini. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada Mia. Mia amat sayang dan hargai sokongan ini.
Sayangnya pada keluarga Mia sendiri yang telah banyak berkorban untuk Mia. Sayangnya tidak terhingga pada anda semua juga. Tidak terbalas rasanya.
Sayangnya pada keluarga Mia sendiri yang telah banyak berkorban untuk Mia. Sayangnya tidak terhingga pada anda semua juga. Tidak terbalas rasanya.
Selamat tinggal 2011...
p/s: tahun 2012... penuh dengan debaran, penuh dengan harapan dan penuh dengan impian...
12 Comments
sayang kak mia jugak (^_____^)
ReplyDeletedatang follow sini...
ReplyDeletekak mia hebat!! boleh jadi mentor Eza??? love u too sis :D
ReplyDeleteSalam. Sekalung tahniah buat Kak Mia di atas pencapaian hebat sepanjang tahun 2011. Memang cukup membanggakan.
ReplyDeleteTernyata walaupun sibuk dengan tugas2 harian tetap dapat turut serta dengan pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dengan tidak mengenepikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan ibu.
Secara peribadi, saya amat kagum dengan pencapaian Kak Mia. Semoga Kak Mia akan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan segmen yang memudahkan blogwalking sesama blogger untuk merapatkan silaturahim. Teringin untuk mengikuti jejak langkah Kak Mia.. :) Take care sis..
tahniah mia!
ReplyDeletebanyaknya kenangan manis yg dicatat oleh mia pada thn 2011...
izan doakan mia terus sukses dlm apa jua yg mia lakukan ye.
SALAM. ENTRI YG MENARIK.
ReplyDeleteMALAM NI BLOG AKU CITER PASAL :
PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
HARAP SUDI LA TENGOK
tahniah atas kejayaan yang telah tercipta semoga 2012 akan lebih sukses lagi..
ReplyDeletejealous nye dengan kak mia
ReplyDeletecongratz kak mia.. walaupun bz tapi still mampu bahagi masa dgn baik.. smoga trus sukses tahun baru ni ^^
ReplyDeletewah..bykknye kenangan indah kak mia..
ReplyDeletesy kagum la ngan kak mia.. ^_^
wahh..tahniah k.mia for your past achievements! jelessssnyee...hehe..btw, keep it up! thun ni pecah rekod yg thun lepas punye hehe
ReplyDeletewahhhhh... terima kasih ya semua. syukur sangat, banyak kenangan Mia tahun lepas.
ReplyDeletep/s: kerana mia percaya pada usaha. usaha itu tangga kejayaan...