Kopi Kurangkan Risiko Kanser Kulit


Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. - DCM

Sumber : Emel

p/s: sekadar untuk dikongsi bersama....

Post a Comment

19 Comments

  1. wah makasih infonya mbk,kopi selain berdampak buruk ternyata ada juga manfaatnya... kunjungan balik http://canggihnya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. org kata kalo xnak tido minum kopi.. heHe..

    ReplyDelete
  3. Tapi kakak tak boleh minum kopi walau suka baunya. Kalau sikit pun tetap senak perut.

    ReplyDelete
  4. here to visit u back kak mia.. :P lama tak jejek sini..

    ReplyDelete
  5. tak suka sangat kopi..kalau panas2 sedap la..;)

    ReplyDelete
  6. dah dapat tq akak......comey :) tp nak letak camne yek?hahahah kami tak tau le...

    ReplyDelete
  7. tak baik juga tuh kesehatan bila berlebih


    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  8. @wisnu adji terima kasih lawat blog mia kembali.... salam kenal ya...

    ReplyDelete
  9. @ejulz memang pun. minum kopi lagi segar dan mata tak mengantuk..

    ReplyDelete
  10. @Kakzakie oooo ye ke kak zakie? mungkin tak semua orang boleh minum kopi... minum lain aje la kak...

    ReplyDelete
  11. @mars mell-o terima kasih... jejakkan kaki kat sini lawat kak mia.

    ReplyDelete
  12. @Anak Wak Mail memang sedap minum panas2. lebih2 lagi cecah dengan biskut... ada ummmmphhhh..

    ReplyDelete
  13. @kakyong ooo... sekarang ni dah macam2 jenis kopi yang ada di pasaran. tinggal pilih aje...

    ReplyDelete
  14. @Cik Kasut sama2... nanti bagi tahu emel cik kasut. akak akan emelkan coding nya siap2.

    ReplyDelete
  15. @konde tu la... minum seadanya je. tak de la sampai fanatik sangat minum kopi (sepanjang masa minum kopi). bahaya tetap ada.. digalakkan minum secara sederhana.

    ReplyDelete
  16. x suka sangat kopi,,
    tpi time exam kopi lah pilhan hati,, :D

    ReplyDelete