Alhamdulillah, dah lepas 1 paper yang berat semalam. Leganya.. Terima kasih kepada semua yang sudi doakan Mia dan komen entri Stressnya Nak Exam... Doakan Mia Ya.. semalam. Terharu betul. Mula-mula, Mia agak blur sedikit tetapi selepas 1 jam barulah Mia dapat mengarang jawapan.
Lepas ni, Mia ada paper Entrepreneurship pada hari Isnin (19/12/2011) dan paper Accounts Information System pada hari Selasa (20/12/2011) pada waktu yang sama jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang .
Maklumat terkini untuk subjek Entrepreneurship, final exam cuma cover 60% sahaja iaitu dari topik 5 hingga topik 10. Assignment telah cover Topik 1 hingga 4. (Pengumuman telah dibuat di myVLE).
Kebetulan pula ni, jiran hujung (selang 2 rumah dengan rumah Mia), buat kenduri kahwin esok untuk anak sulung mereka, nikahnya malam ni. Jadi, depan rumah dah penuh dengan khemah. Lepas tengahari kereta perlu di parking kat padang depan rumah. Malam ni, Mia akan bertandang ke rumah jiran dan tolong apa-apa yang patut.
Esok pula, adik Suami Mia yang bongsu nak hantar tanda (tunang). Pagi-pagi lagi pergi rumah Mak Mertua, ikut rombongan meminang anak dara di Kota Tinggi. Tak ingat pula Felda yang mana satu. Ikut konvoi je la...
Penuh betul aktiviti Mia hujung minggu ni dengan 2 aktiviti penting ini dan mengakibatkan waktu belajar yang semakin terhad. Apa-apa pun Mia tetap belajar.
p/s: sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.... tiba-tiba teringat pula pada peribahasa ni...
8 Comments
byknyer xtvt..
ReplyDeletesusah tak paper entrepreneurship?
jgn ganggu..isteri / ibu sedang exam...heeee...buat yg terbaik yaaa mia...
ReplyDeletechayok2 mia...ana deret 3 paper,isnin,slase n rabu..stress bangat nih..hihihi.
ReplyDeletemoga sukses ye mia.. :)
ReplyDeleteAll the best dear... =)
ReplyDeleteCemerlang,Gemilang,Terbilang....buat yang terbaik untuk peperiksaan!!! Semoga cemerlang dalam peperiksaan akhir.
ReplyDeletegood luck Mia
ReplyDeletewahhhh.... terima kasih ya...
ReplyDeletealhamdulillah dah selesai final exam. syukur sangat. terasa lapang bebenar dada ni...