Esok... Final Exam Untuk E-Commerce

Sibuknya Mia sekarang ni. Untuk persediaan final exam semester ini, Mia ambil cuti 2 hari awal untuk ulangkaji pelajaran.  Esok, final exam untuk subjek E-commerce, paper pertama Mia semester ni. Tebal tu bukunya, ada 337 muka surat. Banyak teori yang perlu diingat dan konsep yang perlu difahami. Susah juga subjek ni, kalau tak baca, memang tak boleh jawab langsung. Otak kena kerja lebih masa seminggu ni.

Tapi bab tidur mesti kena cukup. Kalau dah letih sangat membaca. Tiba-tiba terasa macam "Eh! Apa benda yang dibaca ni. Macam blur aje". Dah  tiba masanya untuk berhenti belajar dan buat benda lain dulu. Lepas tu baru sambung semula. Kalau tengah baca, terus ngantuk, tidur sahaja lah jawabnya. Otak dah letih sangat tu, biar kan rehat sekejap.

Kebetulan pula waktu sekarang ni, jiran sebelah Mia pula tengah buat renovation. Tambah depan dan belakang rumah. Memang bising sangat, sebab pecahkan tembok. Jadi, semalam satu hari Mia belajar di rumah Mak Mertua. Sofea pula seronoklah dapat bermain-main dengan sepupu-sepupunya. Nak-nak musim cuti sekolah ni.. ramailah yang ada kat rumah Mak Mertua.

Hari ni , Mia bercadang nak belajar kat rumah pula. Kerja-kerja rumahtangga nak kena buat juga, sambil-sambil belajar ni. Sofea pula, Mia hantar kat rumah Mak Semah, petang nanti baru ambil dia.

Jom tengok gambar malam tadi masa Mia belajar di rumah Mak Mertua. Sofea pun turut sama belajar. zassss.....









p/s: sekejap je Sofea tulis, lepas tu lari pergi main game dengan sepupu-sepupunya... Mia ni tengah musim sakit tekak, minum air suam banyak....

Post a Comment

9 Comments

  1. de member amik sub e-commerce ni gak..baru smlm sembang..dia cakap susah hehehee

    ReplyDelete
  2. amboih si kecikkk. mama dia study, dia pon nak study jugak :) btw, gudluck kak mia :)

    ReplyDelete
  3. all the best....abg mail pulak yg dtg shout..mia sibuk..heeeee...

    ReplyDelete
  4. all black..ehh itu ragbi.. all the best ..tak best..cam sama je mcm yg kat atas tu..senang cerita..semoga berjaya Mia..

    ReplyDelete
  5. terima kasih, semua. sudi support mia untuk final exam ni... :)

    ReplyDelete
  6. Rindulah bila berjauhan dengan anak...sofea.

    ReplyDelete