Buat MyKad Baru Di Jabatan Pendaftaran Negara, Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru



Sempat juga nak update blog, sementara melepak-lepak di Mak Ungku Cafe. Mia berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di Taman Setia Tropika, Kempas. Ramai betul orang kat sini. Macam-macam ragam dan macam-macam karenah. Tempat parking pun sesak...

Mia nak buat MyKad baru menggantikan MyKad lama yang dah rosak. Kena bayar RM 10.00. Cuti hari ini. Dah lama tak terbuat, cuma hari ini sahaja baru sempat. Suami Mia pula nak tukar alamat dalam MyKad juga. Ambil no giliran tadi, pukul 11.54 pagi. Tak tahu lah nak buat apa lama-lama kat sini. Tempat duduk dah penuh kat Bahagian Kad Pengenalan, Blok 2.

Mungkin silap tarikh, tapi tidak mengapalah. Tunggu.. dan terus menunggu....

Jom tengok gambar masa Mia ambil jam 2.00 petang tadi. zassss..






p/s: jenuh juga nak menunggu.... lagi 15 minit nak pergi naik atas semula... lepak atas pula...

Post a Comment

22 Comments

  1. nampak mcm org asing jer ramai kat sana ..pehhh ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe.
    untunglah dapat tukar..
    kite xada masa ;agi nk tukar..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. mykad baru dah mula ada ke? ke tahun depan?

    ReplyDelete
  4. ic hubby izan punya pun cam dah buruk... nak kena tukar baru tuh...

    ReplyDelete
  5. @mizz.miza tu la... mungkin diorang nak buat MYPR kot....

    ReplyDelete
  6. @AkuBudakKampung.com tu pun dah teruk sangat mykad mia ni, dah koyak sampai alamat tiada...

    hehehh boleh jadi pelarian macam ni...

    ReplyDelete
  7. @alin alias sempat juga tanya dengan pegawai di siti. katanya mulai 1/1/2012 untuk mykad baru. digalakkan tukar tapi tidak diwajibkan setakat ni....

    ingat nak tunggu sampai tahun depan, tapi dah tak elok benar dah rupa mykad mia ni... kena jugalah tukar sekarang...

    ReplyDelete
  8. @Izan Ishak elok benar lah tu pi tukar yang baru. mia kena charge RM10.00. bukannya apa, takut kalau2 ada emergency nanti, kang susah plak..

    ReplyDelete
  9. oh ye IC sy pun nak kena tukar br....
    dah mcm plastik buruk dah rupenye....

    ReplyDelete
  10. eh dh leh tukar my kad baru ek.. syok gak nie, dh lama sgt tak tukar zaman kanak2 rebina lg... huhuhu

    ReplyDelete
  11. @Azmi Khan patut tukar azmi. mungkin cipnya dah tak boleh guna tu..

    ReplyDelete
  12. @Pn. Sheila kalau nak tukar baru, dicadangkan buat bulan 1 tahun depan sebab mykad jenis baru akan dikeluarkan tetapi tidak wajib setakat ni..

    ReplyDelete
  13. insyallah tahun dpn pon nk pegi tuka baru. confirm kene amek cuti 1 hari la camni..adoi~

    ReplyDelete
  14. @eikieyn memang kena amik cuti. sebab ramai sangat orang....

    ReplyDelete
  15. nk ty lah. lps dh pergi bt itu, brpa hari eh br siap?

    ReplyDelete
  16. @sitinuraffizzaooo esoknya terus siap dan boleh amik. siap dalam 24 jam.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum, waktu dan hari operasi nya bila?

    ReplyDelete
  18. Nak Tanya hari ini JPN Ada kerja tak?

    ReplyDelete