Banner Untuk Mak Dara Dan Scarlett

Nampaknya, ini adalah 2 banner terakhir Mia sempena blog ini telah melebihi 6000 followers. Blogger yang bertuah ialah Mak Dara dan Scarlett O'Hara. Konsep banner mereka, Mia sesuaikan dengan konsep blog masing-masing. Persamaannya, kedua-dua blogger ini rajin mengikuti segmen Ben Ashaari.




Kenal tak dengan blogger Mak Dara yang fabulous dan famous tu.. Sekarang sudah bertambah hebat, lebih-lebih selepas masuk majalah Nona. Penulis skrip filem dan drama yang kreatif dan berwawasan. Teruskan berkarya dan mantapkan lagi industri perfileman negara. Tahun ini, suami Mak Dara yang menang Festival Filem Malaysia FFM ke 24, mana tahu Mak Dara pula akan menyusul jejak suami nanti di FFM yang akan datang. Segalanya mungkin. Mia pun dah naik segan nak singgah blog Mak Dara. Sebagai menghargai persahabatan kita, diharap Mak Dara dapat terima banner yang tidak seberapa ini daripada Mia. Jangan lupa Mia tau, bila dah berjaya nanti. All the best! 




Scarlett, pemilik blog yang serba purple dan english like, lembut dan manis orangnya. Mendefinasikan dirinya sebagai "No one really knows the real me ... A very nice ( always too nice )but mystery person." Wahhh... misterinya. Scarlett berkenan nak banner berkelip-kelip macam Kak Pah. Maka, Mia pun buatkan design ini, mengekalkan konsep yang sama dengan banner asal, cuma touch up lebihkan sedikit. Nampak sweet je kan banner ni... Diharap Scarlett suka dengan banner ini, yang terbaik yang Mia dapat lakukan. Ikhlas dari Mia untuk Scarlett.

Dengan itu, berakhirlah sudah Segmen Banner Gift Mia untuk kali ini. Tahniah kepada yang bertuah kerana terpilih dalam segmen ini. Untuk yang berminat, diharap dapat maklumkan kepada Mia lebih awal untuk segmen akan datang yang akan bermula selepas blog ini melebihi 7000 followers. Siapa cepat dia yang dapat...

p/s: sayang anda semua.... muahhhssss

Post a Comment

20 Comments

  1. OH MAK GAYAH!!!!! macam tak percaya ajeeeee... Sungguh terharu akak dibuatnya.. Bukan sahaja banner itu sangat cantik tetapi amatttt menepati citarasa akak. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabatku Mia.. It's really means a lot to me...

    special entry untuk Mia =)
    http://www.bicaramakdara.com/2011/12/hadiah-istimewa-dari-blogger-hebat-mia.html

    ReplyDelete
  2. tahniah mia...kpah pun dah cakap banners tu cantik...

    ReplyDelete
  3. Wow!Cantiknya!Dahlah purple , blink2 lagi.Tq Mia.Muah!Muah!Muah!

    ReplyDelete
  4. alaa jelesnya akak x dapat... akak jalan sini nak tengok sapa tuan punya blog yg rajin dan pemurah ni

    ReplyDelete
  5. Email ke sini ek Mia.Ajar sekali camana nak letak kat blog macam yang Mia buat tu.(Ada banner + kod)

    scarlett_j1@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. @Hackers uikk hehehe! segmen dah tutup ni. tunggulah segmen seterusnya ya...

    ReplyDelete
  7. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA wahhhhhhhhhhh... terharunya. siap buat entri lagi. mia pun begitu juga, terima kasih kerana sudi berkawan dengan mia. gembira rasanya bila banner ini menepati citarasa akak. suka sangat2.

    ReplyDelete
  8. @kpah k-poh terima kasih kak pah. kak pah la penasihat terbaik.... :) sayang kak pah.

    ReplyDelete
  9. @Scarlett O'Hara terima kasih scar. semoga persahabatan kita akan terjalin lebih erat selepas ini. banner ni ikut citarasa scar. :)

    ReplyDelete
  10. @ewanrani uikkk ewan... hehehe... kak mia ni biasa2 aje la...

    kalau nak tunggu segmen seterusnya... :)

    ReplyDelete
  11. @aimaniman ala.. kak. mia ni biasa2 aje. ni je yang termampu sebagai penghargaan kepada follower bertuah. kalau boleh nak bagi semua, tapi tak terlarat pula... :) thanks ya akak sudi singgah sini...

    ReplyDelete
  12. @Scarlett O'Hara jangan bimbang. mia dah emelkan tadi... semuanya mia dah siapkan. tinggal copy dan letak kat blog aje :) selamat mencuba!

    ReplyDelete
  13. kak mia memang ohsemmm la bab banner ni,, terbaik la sayang :)

    ReplyDelete
  14. wah..jelesnyer...mama pon nak gak...sob sob sob....

    ReplyDelete
  15. @✿Ummi Myra✿ terima kasih mira... mira pun apa kurangnya. hebat juga.

    ReplyDelete
  16. @tunz uikkk jangan jeles2. cuba lah nanti ya bila segmen ini dibuka semula..

    ReplyDelete