Harap maaf. Agak terlambat sedikit untuk Mia ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini. Ramai juga yang dah wish di dalam shoutbox dan ada juga yang telah meninggalkan mesej di ruangan komen.
Seperti biasa, Mia memang balik ke kampung Batu Pahat (rumah keluarga Mia). Tiap-tiap tahun, surau di Taman Universiti memang akan ada buat korban. Tahun ini pula katanya 3 ekor lembu dan ada juga kambing (tidak berapa pasti berapa ekor). Lembu telah pun sampai semalam dan diikat pada tiang lampu. Tadi masa nak balik, ada lalu saja nak tengok lembu-lembu itu tapi tak sempat nak ambil gambar.
Esok baru akan dibuat korban di hadapan surau. Mia tidak dapat menyaksikan korban kali ini kerana terpaksa balik semula ke Johor Bahru tadi dalam pukul 9.30 malam.
Minggu ini memang Mia di tahap kritikal untuk menyiapkan ketiga-tiga assignment yang perlu dihantar selewat-lewatnya pada 13 November ini. Terpaksa jugalah korbankan masa, tidak boleh lama-lama duduk di kampung.
Sedapnya dapat makan masakan emak dan ayah Mia. Cukup sedap dan berselera kami makan hari ini. Lauk yang dimasak ialah lodeh, rendang daging, sambal udang dan ayam masak kicap. Sebenarnya mula-mula ayah Mia nak masak ayam masak merah, tetapi nanti Sofea tak dapat makan, jadi terus masak kicap sahaja.
Antara gambar yang Mia sempat ambil pagi tadi. zass....
p/s: bila dah siap masak terus makan, sampai tak ingat nak ambil gambar pada masa itu...
4 Comments
amboi...sedap sedap nampaknye lauk raye
ReplyDeleteayah mia pandai masak jugak yaaaa...bestnya..kpah tak balik kg tahun ni...sekadar rendang,nasi impit dan kuah kacang saja yg jadi hidangan...
ReplyDelete@apaajanews haah.. memang sedap sangat...makan siap menambah lagi...
ReplyDelete@kpah k-poh hmmm.. ayah mia paling pandai masak. semuanya sedap2 belaka.
ReplyDeleteooo kak pah tak balik kampung. takpe... mana tahu tahun depan boleh raya kat kampung pula...