Pagi-pagi tadi masa sampai di OUM Johor, dah ramai orang sampai untuk menghadiri Majlis Pelancaran Hari Terbuka & Program Foundation Certificate in Freight Logistics Management and Operations oleh Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mia ada kelas Accounting Information System dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bersama dengan Puan Zalina. Kelas hanya sekejap sahaja kerana kami semua kena turun jam 9.15 pagi untuk memeriahkan majlis tersebut.
Bila tiba di bawah, ruang perkarangan OUM Johor telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah, dif-dif kehormat dan para jemputan. Meriah sungguh. Ketibaan Y.B. Menteri Pengajian Tinggi disambut dan diraikan dengan persembahan tarian tradisional oleh pelajar sekolah.
Aturcara Program
- Ketibaan Para Jemputan
- Ketibaan Y.B. Menteri Pengajian Tinggi
- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-aluan Presiden/Naib Canselor OUM, Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
- Ucapan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
- Pertukaran MoU antara OUM dengan Rotterdam Business School
- Penyampaian Sumbangan dan Hadiah Cemerlang
- Sesi Ramah Mesra dengan Y.B. Menteri
- Lawatan ke Pameran
- Acara Seiring
- Sidang Media
- Ceramah Khas oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha
- Jamuan Ringan
Prebiu Program Pembelajaran Sepanjang Hayat diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Antaranya Sijil Asas Pengurusan dan Operasi dalam Logistik Pengangkutan, Pengurusan Kad Kredit, Pengurusan Kesihatan dan Kesejahteraan, Gubahan Bunga, Kosmetologi dan Robotik.
p/s: kemudian Mia pun pergi ke tempat pameran di ruangan lobi bangunan OUM Johor....
0 Comments