Mia Liana Dalam dRbuku


Begitu hebat penangan dRbuku ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi komen di dalam entri Bermula Dengan DrBook, Kini Menjadi dRbuku, Syabas Dr Rozmey... Sukanya Mia bila DDR (Datuk Dr Rozmey) sendiri pun turut komen. 

Sebenarnya Mia baru mula masuk dRbuku pada hari Khamis (27.10.2011) lepas, sebelum ini memang dengar kecoh-kecoh pasal hal ini, cuma tidak berkesempatan. Masuk-masuk je, Mia terasa wow! hebat! sebab DDR dan admin sendiri ada bersama kita, sentiasa online dan rajin berinteraksi dengan pengguna. Menjadikan kami lebih mesra, tidak terasa jurang antara kami. Agak-agak kalau Mark Elliot Zuckerberg itu boleh ke nak online, chat dan layan kita? Mustahil, bukan? (Harap maaf entri ini tidak bermaksud untuk memburukkan Facebook).

Mia cuma nak anda bayangkan... betapa untungnya pengguna dRbuku ini seperti yang diwar-warkan oleh DDR sendiri di dalam media. Kalau kita semua ada akaun Facebook dan Twitter, apalah salahnya kalau kita juga ada akaun dRbuku. Bezanya dRbuku adalah produk buatan Malaysia. Fikir positif dan terbuka. Kita patut berbangga bukan hanya dengan mendabik dada. Perlu ditekankan kat sini bahawa dalam drBuku itu bukan hanya untuk mereka yang bisnes ataupun jual produk sahaja seperti yang dibayangkan oleh Mia sendiri (Harap maaf ya DDR). Tetapi bila Mia dah masuk, ternyata salah anggapan Mia. Sesiapa sahaja pun boleh masuk drBuku, tidaklah hanya kepada urusan bisnes semata-mata. Ramai juga pengguna dari golongan pelajar dan mahasiswa.

Apa yang Mia katakan ini benar dari pengalaman Mia sendiri dalam dRbuku.

Jom tengok paparan dalam dRbuku... zass.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)

 DDR beritahu dah komen dalam blog Mia semalam

DDR yang online hampir 24 jam. Terbaik! 

Paparan utama dRbuku (Rank Mia sekarang dRbooker's Heroes


Paparan di Group Mialiana.com

p/s: jangan lupa add Mia kalau dah join dRbuku nanti...

Post a Comment

22 Comments

  1. aiman dah ada jugak... tapi,, kinda tak reti lagi :D

    ReplyDelete
  2. tunggu sbulan...br update entry tbaru! kasi pecah panggung 40juta pengguna online :)) hahaha

    ReplyDelete
  3. tak sempat mia..fesbuk pun layan bila ada mesej yg masuk..
    tapi kan..admin 24 jam tu..rasanya..ramai kot yg ditugaskan menjadi admin drBuku ni..

    ReplyDelete
  4. awal tahun lg dgr pasal ni hehe

    ReplyDelete
  5. Haah dah ada jugak tapi tak pandai guna lahh. ajarrr ! heheh

    hey, I ada buat entry pasal perempuan zaman skarang memakai tudung mengikut biarawati kristian. Eh, betul ke ? Tak faham lah, cuba U bg pandangan :)

    http://bubblechezz.blogspot.com/2011/11/mengikut-biarawati-kristian.html

    ReplyDelete
  6. @Arif Aimanooo... jangan lupa add mia ya? memang lah mula-mula memang tak berapa biasa....

    ReplyDelete
  7. @slayer uikkk! ehehhehe.. terbaekkk! (macam boboiboy)

    ReplyDelete
  8. @wan habibah hmm.. masih ramai lagi yang tak tahu. takpe... boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  9. @d0d0l wahhh... tak sabarnya nak tunggu entri dodol ni... (perasaan tu rasanya macam nak tengok filem baru)

    ReplyDelete
  10. @kpah k-poh tak pe kak pah. mia ni pun buat ada-ada je. memang tak terlarat nak layan fb, twitter, drbuku. tapi bagus untuk media sosial. mana tahu masuk contest lagi, mia dah ada saluran yang baru, drbuku pula..

    mia setuu dengan pendapat kak pah tu, rasanya ramai yang kerja sebagai admin dalam drbuku ni. untuk pantau keadaan dan keselamatn rasanya.

    ReplyDelete
  11. @redza sama la. mia cuma baru sempat join 2 minggu lepas :)

    ReplyDelete