Makan Tengahari Di Marry Brown Pekan Francais Pulai


Selesai sahaja urusan di klinik, kami terus pergi makan di Marry Brown berdekatan dengan Klinik Pakar Homeopati Ariffin. Sofea pula memang suka, apalagi kalau ada french fries dan air milo.

Baru sahaja masuk Sofea dah tunjuk tangan nak duduk di mana. "Mak.. nak buai". "Ayah... Piah nak buai". Nasib baiklah ada kosong, kami terus pergi ke tempat duduk buai pilihan Sofea. 

Sementara Suami Mia jaga Sofea, Mia pun order makanan. Jarang benar makan Marry Brown. Ini kali pertama makan Marry Brown di Pekan Francais. Suami Mia makan nasi Marry Brown, Mia makan Lucky Plate dan Sofea makan Kiddy Meal. Dessert kami pula ialah ais krim. Walaupun tidak berapa sihat, Sofea masih berselera bila makan. Syukur...

Jom tengok. zassss...










p/s : Sofea memang suka betul dengan air milo (tiada ais dan telah dicampur dengan air mineral supaya tidak sejuk)

Post a Comment

4 Comments

  1. wah syokknya sofea dpt makan marrybrown..teringin lakk makan marrybrown..hehe

    ReplyDelete
  2. @hani haah. paling suka dapat duduk dalam buai. sekali sekala marry brown. apa salahnya.... sedap...

    ReplyDelete
  3. kpah tak boleh duduk kat buai...jadik pening...hahahaaaa...

    ReplyDelete
  4. @kpah k-poh ooo... tak terasa pulak mia. rasa macam best pulak duduk dalam buai...

    ReplyDelete