Menangis, air mata berderai tak henti-henti. Menahan sakit sampai tak terkeluar suara apabila ibu jari kanan Mia tersepit kat pintu kereta. Punya lah sakit dan berdenyut-denyut...
Kisahnya begini, petang tadi masa Suami Mia sedang duduk-duduk dalam kereta, panaskan enjin. Mia berhenti buat assignment kejap, pergi masuk dalam kereta dan duduk hadapan sebelah penumpang. Borak-borak dalam kereta dan berbincang nak pergi Giant selepas itu. Mia pun keluar nak pergi siap-siap.
Entah macam mana... masa tutup pintu, ibu jari tangan kanan ni boleh tersepit pula. Terkejut besar Mia bila lihat jari dah tersepit. Sakitnya tak tertanggung. Cepat-cepat guna tangan kiri untuk buka pintu. Terasa kebas sangat. Suara tak terkeluar, nak minta tolong suami. Hanya boleh buat memek muka minta tolong. Suami Mia terus bergegas cepat-cepat dan tolong tiupkan tangan Mia dan sapukan minyak Wak Dakam. Lama jugalah Mia menangis sebab sakit sangat. Agak lama juga baru reda, tapi timbul lebam di bawah kuku dan jari bengkak tidak boleh dibengkokkan. Inilah kali pertama jari Mia tersepit pintu, sebelum ni tak pernah pun.
Hmmm.. dugaan ketika buat assignment untuk semester ini. Kalau bengkak tak susut juga, nampak gayanya esok Mia kena pergi check kat klinik. Banyak aktiviti di rumah, ditangguhkan sementara waktu. Suami Mia pula terpaksa masak untuk makan malam hari ini. Terima kasih ya suamiku..
Jom tengok gambar yang baru sahaja suami Mia ambil tadi untuk dimuatkan dalam entri ini. zassss......
Jom tengok gambar yang baru sahaja suami Mia ambil tadi untuk dimuatkan dalam entri ini. zassss......
p/s: Rindunya pada Sofea. Minggu ni Sofea di kampung Batu Pahat dengan atuk dan nenek (mak dan ayah Mia).
21 Comments
ish..perit gile ni
ReplyDeleteHuh, sakit tu. Teringat tangan tersepit pintu rumah. Kuku jadi lebam macam tu lah.
ReplyDeleteCepat-cepat sembuh ya. Kesian kat en. suami.
adoiii sakitnya
ReplyDeleteheeee.. kesiannyeew... dlu pnah kna gak.. mmg biru tgan.. lame gak mkan masa nak baek :)
ReplyDeleteakak pernah kena macam ni..tutup pintu keta hempas sekuat hati..adoiii!! tak boleh nak citer sakitnya, memang ibu jari kanan tu kemek dan berdarah..nasib baik tak putus!
ReplyDeletetersepit? akak boleh rasa pedihnya sampai Sabah tau....
ReplyDeletelebam tu makan masa juga nak hilang, sabar ye...en suami kena bg org rmh rihat ler..
Iskkhhh cian dia, ini kena rehat nie seminggu makan nasi bungkus aje lah.
ReplyDeleteberdenyut lah sehari dua ni mia...dah susah pulak nak menaip...nasib baik ada suami yg sanggup membantu....
ReplyDeleteAdoi!!! Dpt bygkn keperitan dia.. Cpt sembuh ye dear.. ;)
ReplyDeletexper sikit jer sis.. :)
ReplyDeleteSalam, mia. Aduh.. terasa kesakitannya. Bukan alang2, sampai lebam... Syukurla suami mia ringan tulang mnolong2 kat dapur. Semoga cepat sembuh, mia....
ReplyDeletehuwaaaa... terasa2 kesakitannya...
ReplyDeleteadoi.. sakitnya.. tragedi deepavali tu.. hehe..
ReplyDeletepopular jugak minyak wak dakam ni yee....minyak serbaguna...bagus tu... hati2x lain kali....
ReplyDeletesakit kowt
ReplyDeletememang nak menaip payah skit laa tu kann
duhhhhhhhh sakit tuhhhh
ReplyDeleteingatkan kisah menyayat hati tadi.. tp tak perlah .. still bersimpati.. hu3
ReplyDeletetgk pun rasa sakit..ape tah lagi kamu yg kene..
ReplyDeleteperit ngt...
ReplyDeleteSebulan la baru ilang kesan tu....
ReplyDeleteAduhhh....sakitnyaaa...kasihan Mia. Panglima takleh bayangkan..memang sakit kalau bab kuku jari. heeeee
ReplyDeleteblue black kuku kan...sabar la Mia. Jari tercucuk duri pun pengampunan dari Allah untuk kita..jari tersepit pun ianya kifarah dalam hidup ini....insyaAllah.