Kisah Kelas Dibatalkan Hari Ini dan Bengkel Kemahiran Pelajar Baru Ambilan September 2011

Hari ini, pagi tadi Mia ada kelas Accounting Information System (subjek elektif) dengan Assoc. Prof. Dr. Ali tetapi kelas telah dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kelas akan diganti pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Mia dan seorang rakan sekelas bersarapan dulu di kafetaria sebelum pulang sambil berborak pasal accounting system yang digunapakai di dalam manufacturing environment. Mia memang tiada pengalaman dalam accounting, harap dapat membantu untuk menyiapkan assignment nanti.

Tiba-tiba En Abdul Rahim, Pengarah OUM Johor dan En Jamal, orang kuat Kelab Pelajar OUM Johor duduk berbincang di kafetaria. Mia dimaklumkan hari ini ada bengkel kemahiran untuk pelajar baru. Ramai juga yang hadir. Pada masa itu, En Norazlan sedang memberikan taklimat pada pelajar baru. Sempat pula En Norazlan perkenalkan Mia kepada pelajar-pelajar baru, segannya Mia. Tetapi nanti kalau berjumpa atau terserempak dengan Mia bolehlah tegur-tegur Mia.

Jom kita tengok. zassss...





Bengkel Kemahiran ini meliputi Pengenalan kepada OUM, Modul 1 Open and Distance Learners, Modul 2 Optimizing MyVLE, Modul 3 Passage To Success dan Pengalaman Belajar di OUM.

Apa-apapun Mia nak ucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga pelajar OUM Johor. Mula-mula mungkin akan alami kejutan dan perubahan yang mendadak. Nanti lama-lama akan terbiasa dan boleh membahagikan masa di antara kerjaya, keluarga dan pelajaran. Semoga berjaya!

Post a Comment

6 Comments

  1. Semangat belajar anda amat baik untukmasa depan yang lebih maju

    ReplyDelete
  2. @kak zmah terima kasih di atas ucapan yang telah diberikan... :) semoga mereka berjaya kelak..

    ReplyDelete
  3. @kak Mah wahhh.. terima kasih ya. bertambah kuat semangat sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. saya ingin menjadi pelajar diusia 34 tahun ini tapi rasa macam takut tak dapat bahagikan masa dan kelurga juga kerjaya..apa petua untuk menjadi pelajar cemerlang

    ReplyDelete
  5. @tHe rEaL ayda yang penting kekuatan diri untuk tempuhi cabaran yang terkuat dalam hidup iaitu masa dan kewangan.

    sibuk macamana pun, mesti ada masa untuk belajar.

    mentaliti dan fizikal serta motivasi juga penting supaya kita sentiasa berfikiran positif, sihat dan yakin untuk belajar.

    ReplyDelete