Kesan Soya Pada Kesihatan




Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain lagi. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis  makanan dan cara pemakanan

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

p/s: Mia dapat ni emel dari adik Mia dan maklumat ini terlalu bermakna jadi Mia kongsikan di sini.... 

sumber maklumat : emel

Post a Comment

29 Comments

  1. pernah terbaca tentang soya juga...
    kadang kala kita terlalu berlebih-lebih.. tu yg selalu jadi masalah
    contoh gula.. kita perlu gula tp bukan berlebih-lebihan...

    nice sharing info mia

    ReplyDelete
  2. waaa..."serapan minda" yg baik untuk di pagi hari jumaat ini....

    ReplyDelete
  3. tak begitu suggest baby amik susu soya but skang ni terlalu banyak susu berasaskan soya utk baby.

    penah wat entri pasai ni dulu.

    ReplyDelete
  4. elie tak gemar minum air soya mcm tu je, elie suka mkn tempe dgn tau fuu faa..yum2 :)

    ReplyDelete
  5. laaa...ingatkan bagus sgt soya ni..nsib baik saya x la minat sgt minum soya....
    salam kenal tuan blog! saya follow blog yang kemas ni...

    ReplyDelete
  6. kpah seorang pesakit tairod..sbb itu lah kpah alergik dgn mknan berasas kan soya ni..dulu tak tahu..makan jer..pastu badan jadi lemah tak bermaya..lesu..
    bila dpt tahu kesan soya ni kpd hormon tairod..barulah kpah stop semua jenis mknan minuman berasas soya..( kicap tu..sesekali boleh lah..hee.)

    ReplyDelete
  7. pernah juga terbaca tentang keburukan soya tp apa pun benda yg kita makan jgnlah berlebihan..klu diambil dlm kadar berpatutan tak ada masalah rasanya...sebab soya juga ada byk kebaikan kan..

    ReplyDelete
  8. Oh begitu pula keburukkannya, kesimpulannya kembali kepada sunnah dan hadis.

    ReplyDelete
  9. Kalau terlebih minum soya boleh memudaratkan kesihatan contoh saluran kencing dan buah pinggang boleh tersumbat....ini pernah berlaku pd sy satu masa dulu.

    ReplyDelete
  10. dah lah suka air soya ,hmm lepas ni perlu elak kan

    ReplyDelete
  11. dulu suka minum air soya, tapi sjak tau pasal ni dh jadi serba salah nk minum...

    ReplyDelete
  12. @Ema Maxilla Concha ya betul tu... yang penting kesederhanaan.. bukan berlebihan.. :)

    ReplyDelete
  13. @gnesop.com tu la sop.. lain lah kalau buat sendiri boleh lah nak adjust gula berapa banyak..

    ReplyDelete
  14. @Makbed memang pun tak sesuai untuk baby, tapi rata-rata kawan mia kebanyakkannya lebih gemar kasi baby susu soya.. katanya lebih bagus... tu yang susahnya.

    ReplyDelete
  15. @Elie Lily ohh ye ke? tempe goreng dan tau fuu faa panas memang sedap... mia pun suka juga..

    ReplyDelete
  16. @rohaooo tak suka sangat soya.. salam kenal juga. mia pun dah follow blog roha.. :)

    ReplyDelete
  17. @kpah k-poh ooo macam gitu ya kak pah.. mia pun tak tahu juga. kak pah kena jaga makan betul2 tu. jaga kesihatan ya. take care...

    ReplyDelete
  18. @Puan Kutu tu la.. memang ada kebaikan. tapi bila berlebihan lebih banyak kepada keburukan... takutnya :)

    ReplyDelete
  19. @IsmailDotCom haah. ni maklumat dari emel. yang penting kita tahu mana yang patutnya...

    ReplyDelete
  20. @Miss. Tina ooo bahaya tu kalau dah boleh memudaratkan saluran kencing dan buah pinggang.. kena jaga betul2. take care ya...

    ReplyDelete
  21. @ika syafyka uikkk ika.. boleh diminum tapi takleh berlebihan... :)

    ReplyDelete
  22. @caliph shuriken mia pun sama. bila dah tahu, minum kadang-kadang je, caliph.

    ReplyDelete
  23. suka minum soya dalam kotak tu.. lepas ini kena stop lah...

    ReplyDelete
  24. orang kata soya tu bagus, sebab tu lah hari-hari saya minum soya. thanks for the info kak :]

    ReplyDelete
  25. @MoneyMakerGroup uikkk dalam kotak lagi bahaya.. katanya ada banyak gula. boleh kena kencing manis..

    ReplyDelete
  26. @#ciksuzlin akak pun mula2 ingatkan macam tu. tapi lama-lama baru tahu hal ni terus jarang2 minum soya..

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Great article but tempe reminded me of my aunt.
    Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari sekarang ada kanser perut tahap akhir.
    Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada tambahan dalam ragi.
    Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang mereka tidak peduli.
    Sekarang semua nak cepat dan nak buat duit banyak.
    Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
    Saya harap, anda dapat memberikan maklumat yang betul kerana anda mungkin menyebabkan ramai orang kena kanser.
    Thanks

    ReplyDelete