Sebenarnya buat air soya sendiri lebih baik dari beli yang di luar. Dapat buat banyak dan sesuai benar dengan keluarga Mia yang besar ini. Adik-beradik Mia ada 8 orang. Lokasi dapur kali ini di rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Kebetulan pula, Mak Mia sedang blender kacang soya yang telah lama direndam. Kemudian, Bella pun turut perah soya yang telah diblender bersama Mak Mia. Sesi perah ini yang agak letih sedikit. Perlu gunakan tenaga tangan. Kena perah kuat-kuat, keluarkan air.
Selepas sahaja perah, periuk dipanaskan dengan api yang sederhana dan kemudian daun pandan dimasukkan. Sambil-sambil itu, bolehlah bubuh gula untuk maniskan air soya ni. Selepas selesai, dihidangkan di dalam jag dan sesuai diminum panas-panas atau pun dengan ais.
Selamat mencuba!
p/s: sesuai dan berkhasiat untuk seisi keluarga...
13 Comments
wowiee!dah lme kot tak minum air soya.haha
ReplyDeletelama tak minum air soya yg dibuat sendiri,. dulu jiran kat umah mak selalu bg
ReplyDeletelg sedap minum soya buatan sendiri kan??
ReplyDeleteBiasa buat bila duk rumah kat kampung, tapi skrg...dah lama x buat! Mmg berkhasiat buat sdiri, yg dah siap dijual tu, mmg dah ditambah dengan bhn2 len daaa, dah x pure... (^^,)
ReplyDeletex pernah buat pun. selalu air soya ni cina yg jual. tu yg confuse bersih ke x...
ReplyDeletemmmmm beli je la mia
ReplyDeletebila tengok cerita ni teringat kami buat air soya kat rumah kami pas tu kami jual kat pasar ramadhan di Puchong... heee3x... kebersihan terjamin... semusim ramadhan je kami jual...pas tu dah tak larat nak buat... penatt...haaa3x
ReplyDeletex reti buat lagi... :)
ReplyDeletetengah blajo minum barli, soya masih tak ble masuk lagi... sedap ke?
ReplyDeletebiar muka jadi putih melepak.. hu3
ReplyDeletekalau nak sedap lagi campur sedikit garam + susu pekat semasa masak.
ReplyDeletesuka air soya sgt2, berkhasiat & yummy!!!apalagi yg fresh mcm ni :)
ReplyDeleteAduhh, memang tetiba je rase dahaga tekak ni tengok air soya.
ReplyDeleteFavorite neh.
Tapi saya pernah terbaca satu artikel ni, cakap lelaki kurang sesuai minum air soya banyak-banyak.
Sebab dia?
Hmmm.