5 Sumber Kecelakaan Dan Kebahagiaan Dalam Hidup


Muhammad Ibnu Dauri R.A. berkata "Iblis itu celaka kerana 5 perkara" :
  1. Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
  2. Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
  3. Tidak pernah mencela dirinya ( tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.
  4. Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
  5. Putus asa daripada rahmat Allah SWT.
Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:
  1. Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.
  2. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  3. Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.
  4. Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.
  5. Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT ".
Dipetik dari : Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam halaman 163

Sumber : Emel

Post a Comment

6 Comments

  1. menyesali dosa2 adalah tanda kita beriman dengan ALLAH.. kekesalan akan membawa kita dekat dengan ALLAH yang maha esa

    ReplyDelete
  2. itulah perbezaan sifat iblis dengan manusia kan!!... semoga Allah sentiasa menurunkan rahmat kepada kita semua... aminnn

    ReplyDelete
  3. Ya, kita jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.....:)

    ReplyDelete