Jemputan Ke SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness (Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan)


"Anda telah terpilih untuk Menyertai Sebuah Program Anjuran Gerakan Belia Teknologi Informasi Bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)"

Mula-mula sekali, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Khaireel, Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi (Information Technology Youth Movement) yang sudi menjemput Mia untuk menghadiri Program SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness (Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan).

Hmm... panjang betul nama program. Mia difahamkan program ini adalah yang kali pertama dianjurkan oleh  Gerakan Belia Teknologi Informasi di PWTC Kuala Lumpur pada 18 September 2011 ini jam 10.00 pagi hingga 6.30 petang.

Apa yang menariknya, 100 blogger akan dipilih secara rawak bagi mengikuti program ini dan telah menepati syarat-syarat berikut :

a. Mempunyai sekurang-kurangnya 50 Follower di dalam Blog masing-masing.
b. Bukan penulis blog politik.
c. Dipilih secara rawak oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi.

Bagi mengesahkan kehadiran jemputan, Mia telah pun email maklumat berikut :
  1. Nama Penuh
  2. Nama Blog
  3. No Kad Pengenalan
  4. Alamat Email (Sebarang Surat Menyurat akan melalui E-MAIL)
  5. Nombor Telefon (Sekiranya ada perubahan akhir anda akan dimaklumkan melalui telefon.
  6. 1 Slide Powerpoint ringkas mengenai BLOG untuk dipersembahkan pada sesi pengenalan bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Semuanya perlu diemelkan ke itym2007@yahoo.com kalau boleh secepat mungkin, paling lewat pada 15 September ini. Mia pun tidak berapa pasti masih ada lagi kosong ke tidak. Jadi kepada blogger yang berminat boleh la join group SENYAP di https://www.facebook.com/groups/senyap dan bertanya tentang program ini. Mana tahu anda terpilih, cubalah....

Post a Comment

10 Comments

  1. wah mcm best je nak join SENYAP nie....mesti banyak aktiviti2 yang menarik nie....best2 kak mialiana...hehhe

    ENTRIES TERHANGATT >>
    GAMBAR TERBARU PERODUA MYVI 1.5 EXTREME....TERBAIKK...


    ReplyDelete
  2. salam
    wahh..mesti seronok dapat jemputan macam ni

    ReplyDelete
  3. E'eh.. ade jemputan khas la..
    Jom semarakkan dunia blogging ke arah yang lebih profesional =)

    ReplyDelete
  4. @ewanrani haah... memang best... akak dah add ewan dalam group tu. kalau minat nanti emelkan lah butiran...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kepada www.benashaari.com kerana telah buat entri tentang ni dan linkkan ke sini. terharu rasanya.

    http://www.benashaari.com/2011/09/senyap-program-anjuran-gerakan-belia.html

    ReplyDelete
  6. akak~~sy nak pergi jugak. link fb tak boleh buka pun.

    ReplyDelete
  7. @ ooo yeke? cuba add akak dalam fb nanti akak add kan dalam group SENYAP...

    ReplyDelete
  8. alamak.. tak dapat nak dtg , busy giler la ni.. pe2 hal pun, nanti citer dlm blog ni tau . pe event yg menarik!

    ReplyDelete
  9. @Muaz Faris xpe.. nanti senyap 2.0 join la yek... :) best..

    ReplyDelete