Esok... Program SENYAP di PWTC (Putra World Trade Center Kuala Lumpur)



Hari Khamis lepas, 8.36 pagi, Mia ada terima jemputan secara rasmi melalui emel oleh Gerakan Belia Teknologi  Informasi. Syukur.. dah dapat surat jemputan rasmi. Lega sedikit. Pada mulanya ingin bermalam di Kuala Lumpur malam ini, tetapi memandangkan suami Mia ada kerja yang tidak dapat dielakkan terpaksalah pergi esok pagi jam 4.00 pagi. Kebetulan, pak andak suami Mia (yang dulu bekerja di Thailand, kini sudah berpindah ke Pelabuhan Tanjung Pelepas) pun ada sekali, maka kami pergi bertiga naik kereta. Sofea tinggal di rumah pengasuh.

Lokasi program ini di Bilik Redang, PWTC. Pakaian hendaklah formal. Yang bestnya ada blogger hebat yang dah confirm hendak datang iaitu Ben Ashaari (http://www.benashaari.com) dan Broframestone (http://www.broframestone.com). Sedihnya, Mak Dara (http://bicaramakdara.blogspot.com) tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. "Tidak mengapa kak, take care ya....". Feroz (http://jiwarosak.blogspot.com) pun tidak ketinggalan. Ramai juga blogger yang dijemput, yang pastinya kalau kepala satu geng tentu best dan meriah. Boleh lah berkenalan face-to-face dan eye-to-eye yang sebelum ni lappy-to-lappy je.

Bila tengok je aturcara program agak packed sedikit, boleh kebas punggung duduk lama-lama. Jom tengok. zassss...

9.00 - 9.30 pagi
Pendaftaran peserta

9.30 - 10.00 pagi
Peserta minum pagi sambil berkenalan

10.00 - 11.00 pagi
Ice-breaking

11.00 - 11.30 pagi
Pengenalan inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Vyrec) & SENYAP

11.30 - 12.30 tengahari
Jurang generasi, jaringan sosial dan masa depan negara

12.30 - 1.00 tengahari
Perbincangan kumpulan

1.00 - 2.30 petang
Makan tengahari

2.30 - 4.30 petang
Pembentangan matlamat dan hala tuju

4.30 - 5.30 petang
Penyampaian harapan, watikah dan perlantikan ahli SENYAP oleh Y.B. Menteri

5.30 - 6.30 petang
Minum petang secara santai dan soalan terbuka dari peserta bersama Y.B. Menteri

Apa-apa pun kepada urusetia, syabas kerana sudi menganjurkan program ini buat pertama kalinya. Semoga akan berterusan di masa akan datang.

"1 Belia 1 Malaysia"

Entri sebelum ini : Jemputan Ke SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness (Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan)

p/s: jumpa di sanaaaa!!!!

Post a Comment

5 Comments