Bila Sofea Layan Tetamu Yang Hadir Beraya...

Biasa lah, bila sudah duduk di kawasan perumahan, tentulah ada budak-budak datang beraya ke rumah. Seronok la Sofea, ada geng. Sibuk juga lah dia melayan, walaupun tak kenal. Anak-anak jiran datang bertandang, apa salahnya. 

Kuih raya rumah Mia tidaklah banyak sangat, tapi yang paling diminati ialah kerepek. Paling laris dimakan. Kuih macam jarang sangat kecuali orang dewasa.

Antara gambar yang sempat dirakamkan. zassss....





Orang Johor beraya selama sebulan, minggu depan dah sibuk pula dengan open house sehingga akhir syawal.  Kalau tak control makan, badan boleh naik... Yang penting kita dapat jalinkan ukhwah dengan bertemu sanak saudara dan rakan taulan... Itu lah maknanya hari raya.... bermaafan sesama kita....

p/s: katanya orang utara dan timur raya sekejap je.... raya haji yang meriah...

Post a Comment

8 Comments

  1. kpah dah tak raya dah...hmmm..kecuali ada jemputan ke rumah terbuka...

    ReplyDelete
  2. Wah !!! Seronoknya sofea melayan kawan2 dia.

    ReplyDelete
  3. comelnya.. dia mintak duit raya sekali tak?

    ReplyDelete
  4. @kpah k-poh ooo.. mungkin sebab kak pah kat belah utara.. tak meriah sangat raya katanya...

    ReplyDelete
  5. @Cik Rongoks terima kasih. suka control cun depan kamera padahal baru je bangun tido..

    ReplyDelete
  6. @yan terima kasih. nasib dia tak minta duit raya sekali... dia tahu duit raya untuk orang yang datang ke rumah sahaja...

    ReplyDelete